Saturday, January 23, 2016

JOURNAL HAJI 1436H / 2015M


Journal Haji tahun 1436Hijrah/2015M

September 7 / 23 Zulkaedah
Isnin 
Jam 1625 Solat berjemaah di Surau Nurul Falah, Taman Bersatu, Rawang.

Jam 1700 Bergerak dengan 2 biji kereta ke Kelana Jaya
Pajero dipandu oleh Aidi, saya disebelah, dibelakang Rose, Ngah & Zulaikha. Manakala Axia: Afiqah, Arina & Adriana.

Jam 1830 Tiba di Kompleks Kelana Jaya, hujan pun mulai turun. Orang dah pun ramai, turunkan beg dan mencari tempat berkumpul.

Jam 1845 Ambil beg sandang serta tag nama serta hadiah lain spt topeng muka, hand sanitizer, tikar plastic dll.

Jam 1900 Ke cafeteria untuk makan malam

Jam 1920 Solat Maghrib di khemah yang disediakan di luar cafeteria.
                 Salin kain ihram tapi masih memakai t-shirt putih.

Jam 2030 Solat Isyak pula
Jam 2100 Diarahkan masuk dewan melapor diri. Diberikan paspot dan tiket penerbangan, serahan & timbangan luggage. Sebelum ke dewan taklimat diberikan nombor tempat duduk bas. Bag kuning diuruskan oleh TH, alamak kain ihram dalam beg kuning. Dalam dewan taklimat terpisah dari Rose & Ngah. Taklimat ringkas sahaja. Jemaah dibenarkan solat isyak jika belum tunaikan atau beli makanan untuk alas perut.
Jam 2200 Mula bergerak ke dalam bas. Rupa-rupanya, aturan kerusi bas amat pelik, itu sebabnya terpisah dari Rose & Ngah. Duduk di kerusi di tengah-tengah bas seorang diri. Kiri kanan pun single “seat”. Bas mula bergerak tapi cuma hingga ke jalan besar sahaja kerana menunggu bas-bas lain diisi penuh dan juga menunggu kereta eskot polis.

Jam 2321 Bas bergerak sehingga dalam KLIA dan terus ke tempat berlepas.


September 8 / 24 Zulkaedah
Selasa
Jam 0000 Ikut giliran untuk menaiki pesawat B747 Saudi Air. Dapat tempat berdekatam pintu masuk row depan sekali sebelah pantry. Dengan kain ihram terasa seat terlalu sempit, sungguh tak selesa. Kapalterbang chartered dari Saudi Air ini entah dah mula usang rasanya dengan kabin krew ramai dari Indonesia.
Jam 0130 Kapalterbang berlepas dari KLIA. Bermulalah perjalanan kami.
Mimpi-mimpi aneh akibat rasa tak selesa. Sakit pinggang, sakit belakang dan berpeluh-peluh, Ya Allah bolehkah aku bertahan untuk 8 jam? Selepas 5 jam barulah dapat sesuaikan diri.
Masuk waktu Suboh ramai jemaah mula mengambil wuduk dan solat diruang yang disediakan. Aku ambil wuduk pakai botol spray & solat ditempat duduk saja. Rose dan Ngah solat di ruang yang disediakan. Ruang kecil dan terpaksa menunggu giliran.
Sejam sebelum sampai pilot melalui speaker ingatkan bahawa kapalterbang menghampiri Miqat supaya semua jemaah berniat Haji atau Umrah. Kami dah niat awal sebelum solat suboh tadi kerana takut terbabas.
Mula nampak cahaya di luar tingkap kapalterbang. 

Jam 0500 Mendarat di lapangan terbang Haji Jeddah.
Diruang ketibaan airport kami diarah menunggu, manakala jemaah yang belum solat suboh, tergesa-gesa menunaikan solat berjemaah diruang kosong.

Jam 0645 Kami diarah pula ke kaunter pemeriksaan paspot. Beratur ikut giliran. Bila tiba giliran entah kenapa Tok Arab macam tak puas hati, disuruhnya letak kedua-dua jari telunjuk ke scanner, kemudian semua jari pula. Disuruh undur 2 langkah dihadapan kamera untuk diambil gambar tanpa cermin mata. Apalah Pak Arab ni, mungkin kerana hari itu aku pakai cermin mata berlainan dari gambar paspot.

Jam 0700 Bila selesai kami bergerak pula mencari bagasi dan diarah keluar, paspot diserahkan kepada sekumpulan lagi Pak Arab untuk dikumpul.
Lagi sekali kami diarahkan meletakkan bagasi di sudut sebelah ruang menunggu Malaysia mengikut no bas yang telah tercatat pada tag nama.

Jam 0840 Bagasi kami telah pun masuk dalam bas. Kami pula diarah beratur ikut susunan untuk menaiki bas. Seperti biasa bas kami yang terakhir bergerak.
Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa beberapa jam. Penat memangku beg dalam bas kerana ruang amat sempit.
Beberapa kali bas berhenti untuk pemeriksaan polis dan yang akhirnya masuk ke kawasan check-point, driver turun bersama paspot-paspot kami untuk serahan pemeriksaan. Dalam bas kami di berikan air botol, biskut, beberapa biji buah kurma dan kek makmoul macam kueh makmur inti kurma.
Selepas beberapa minit kami bergerak lagi. Sehingga ke kawasan yang berkepadatan tinggi, kami berhenti lagi berdekatan Maktab 90. Kami di berikan gelang dan lencana pengenalan Maktab 91, dihadiahkan ketayap, minyak attar dan tasbih. Bas bergerak lagi..
Jam 1130 Kami tiba di hotel Rehab Janadiriyah. Masuk kedalam kami di hidangkan air zam-zam dan kurma. Ruang lobi penuh dengan bagasi, tapi tak boleh ambil lagi.
Kami di arah kebilik yang telah ditetapkan. Naik ke tingkat 6 bilik aku betul-betul di depan lif. Aku orang pertama tiba. Pilih katil yang kepalanya jauh dari orang lain kerana bunyi dengkor ku akan mengganggu jemaah lain yang belum aku kenal.
Kemudian seorang demi seorang masuk ke bilik, Azhar Maatan dari Seremban, Syed Nasir Syed Harun dari TTDI Kuala Lumpur, Ezuan Jamaddon asal Batu Pahat tapi menetap di KL, Ab Rahim Hashim juga dari KL dan akhir sekali lupa nama penuhnya Ali.
Makanan tengahari nasi Arab yang di hantar khas ke bilik. Dan bagasi di hantar hingga ruang hadapan lif.
Kami di beri taklimat untuk perjalanan dari hotel ke Masjidil Haram, perlaksanaan umrah untuk yang niat Haji Tamattu’ atau tawaf qudum untuk Haji Ifrad.
Selepas solat isyak, mula berkumpul, arrangement untuk Ngah bersama-sama Jemaah yang uzur untuk menaiki van dan guna kerusi roda kerana Ngah tak sihat dan kakinya bengkak. Mungkin kerana terlalu lama perjalanan siang tadi.
Belum mengenali jemaah lain, aku dan Rose ikut sahaja kumpulan bergerak ke Masjidil Haram. Anggaran Tabung Haji jarak lebihkurang 1km dari hotel. Tapi aku rasa mungkin lebih. Jalannya mendaki bukit, termengah-mengah kerana tak fit. Kami ikut rentak sendiri, tak tergesa-gesa terus menuju ke pintu Raja Fahd iaitu pintu utama Masjid.
Masuk kedalam kami ikat pundi kasut ke tiang masjid supaya tak hilang. Nampak banyak perbezaan sejak kali terakhir ke Mekah pada 2011 lalu. Untuk musim haji tiada karpet disediakan dan lantai masjid sudah diratakan, tidak banyak tangga hingga hampir ke dataran disediakan tangga dan escalator untuk turun ke dataran keliling kaabah.

Kami terus turun di dataran. Orang tidaklah terlalu ramai tapi semuanya tertumpu bersesak berdekatan kaabah dan Hijr Ismail semasa melaksanakan tawaf, dalam kumpulan-kumpulan besar. Kumpulan dari Indonesia, China, Turki dan Tajikistan bergerak secara agresif tidak hiraukan sesiapa saja dalam laluannya. Semasa tawaf di pusingan ketiga, sedang kami menghampiri Hijr Ismail, salah satu kumpulan terus merempuh dari belakang sehingga tertolak kedepan sehingga bahu terpusing. Ambil keputusan untuk tambah satu lagi pusingan dan bergerak jauh sedikit di kawasan yang sedikit lapang.
Selesai tawaf kami cari ruang yang mengadap pintu kaabah, kami solat sunat tawaf dan berdoa, biasalah kami dilangkahi, dilintasi, dilanggar walau kami sedang solat.
Selesai solat kami mencari tempat saie, singgah minum air zam-zam dahulu sebelum ke Bukit Safa. Banyak ubahsuai yang belum siap jadi banyaklah rintangan untuk ke Bukit Safa. Untuk ke ruang utama Saie perlu naik tangga ke tingkat atas. Di kawasan Safa ramai jemaah yang berkumpul dan berdoa. Dikawasan Marwah pula jemaah-jemaah Indonesia dan India berkumpul di atas batu-batu yang tidak disimen sambil berdoa dan solat.
Selesai Saie, Rose bergunting, aku bertekad untuk bercukur di kedai dalam perjalanan balik ke hotel.



September 9 / 25 Zulkaedah
Rabu
Jam 0050 Berjalan balik ke Hotel bersama Rose, suasana sudah sunyi. Ada beberapa jemaah wanita Malaysia juga sedang bergerak balik. Dalam suasana hening curiga juga dengan Arab-arab yang berselisih.

Jam 0130 Balik ke bilik masing-masing keletihan.

Jam 0146 Sebelom tidor watsapp anak-anak dulu bertanya kabar.

Jam 0149 Menantu jawap watsapp “Keluarga AzhaRos”.

Jam 0400 Bangun dan bersedia untuk solat suboh

Jam 0450 Solat suboh berjemaah di surau hotel

Jam 1456 Rose sms ajak ke Masjid
Jam 1600 Bersama Rose selepas solat Asar bergerak ke Masjidil Haram menaiki van sapu untuk solat Maghrib dan Isyak.

Jam 1830 Dari solat Maghrib hingga waktu Isyak duduk di dalam Masjid. Mengaji AlQuran, tasbih, tahmid, takbir dan berselawat untuk mengisi masa yang terluang.



September 10 / 26 Zulkaedah
Khamis
Jam 1630 Bersama Rose ke Masjidil Haram untuk solat Maghrib dan Isyak menaiki van sapu, dua riyal seorang.
Jam 1830 Dari waktu Maghrib hingga waktu Isyak kami tak keluar dari masjid tetapi diisikan dengan mengaji AlQuran.

Jam 2000 Isyak
Jam 2230 Balik ke hotel menaiki van sapu.


September 11 / 27 Zulkaedah
Jumaat
Jam 0200 Bangun tidur untuk bersiap ke Masjidil Haram bersama Syed Nasir dan Azhar Maatan.

Jam 0330 Di masjid memilih tempat yang strategik menghadap kaabah di dalam ruang masjid di tepi pagar kaca, tempat yang di jadikan laluan tawaf semasa waktu puncak. Sambil menunggu, mengaji Quran, solat sunat, berselawat, bertasbih dan sebagainya.

Jam 0450 Solat Suboh. Selesai solat kami bergerak keluar untuk mencari sarapan.

Jam 0600 Ke bangunan Safwa International Hotel untuk bersarapan.

Jam 0730 Singgah di tandas berdekatan untuk buang air dan berwuduk.

Jam 0800 Sekali lagi masuk ke Masjid untuk “booking” tempat solat Jumaat. Cadangkan ke basement masjid, ikut pintu masuk sebelah pintu King Fahd. Laluan ini boleh tembus terus ke dataran Kaabah. Cari spot yang sesuai untuk kami bertiga. Lantainya teramatlah sejuk, ramai jemaah dari Negara lain sedang tidor, ada yang berselimut dan sebagainya.

Jam 0930 Ruang dah mula penuh

Jam 1000 Sesak dan padat. Yang hendak lalu ke dataran pun tersekat. Ramai juga jemaah wanita yang cuba menyelit dikalangan jemaah lelaki tetapi dihalau oleh pengawal bertugas. Maka terjadilah perbalahan dsb.

Jam 1218 Masuklah waktu solat, azan berkumandang.

Jam 1330 Selesai solat jumaat kami bergerak balik ke hotel dengan jutaan jemaah lain.

Jam 1400 Makan tengahari dan balik bilik. 

Jam 1420 Rose sms  nak ajak ke Masjid. Tapi dah keletihan baru balik masjid dan perlukan tidor.

Jam 1543 Solat Asar di surau hotel sahaja. Selesai solat balik bilik dan lepak.

Jam 1700 Terdengar angin menderu-deru di luar dengan amat kuat. Ada kekecohan dalam hotel dan loceng kecemasan berbunyi sekejap. Buat tak tahu saja.

Jam 1800 Baru aku tahu ada ribut pasir melanda.

Jam 1806 Solat Maghrib
Selesai solat maghrib baru aku tahu ada kren runtuh. Semua jemaah diarahkan berada di bilik untuk dibuat “head count” kerana ada jemaah yang kemalangan dan hilang.

Jam 2120 Aidi whatsapp, bertanyakan kabar dan risau kejadian yang berlaku.

Jam 2200 Dapat whatsapp press statement dari Tabung Haji berkaitan kemalangan kren melibatkan 6 jemaah Malaysia. Malam itu banyaklah lagi gambar-gambar kemalagan di whatsapp dan juga saudara dan rakan-rakan yang bertanyakan khabar.



September 12 / 28 Zulkaedah
Sabtu
Jam 0400 Bersiap Solat Suboh

Jam 0451 Solat Suboh di surau

Jam 0700 Berkumpul di lobi untuk ziarah tempat bersejarah.

Jam 0730 Dibawa melihat Jabal Thur, tempat Rasulullah s.a.w. beribadat di gua Hira.
Jam 0800 Perjalanan di teruskan ke Jabal Rahmah, tidak dibenarkan mendaki ke atas bukit kerana kesuntukan masa dan faktor keselamatan. Penerangan hanya diberikan di kaki bukit dan kemudian masing-masing berdoa di akhiri dengan sessi selfie & wefie.
 Perjalanan diteruskan ke Tanaeem. Singgah di Masjid, solat sunat dan lihat-lihat sekitar sebelum pulang.
Pulang dari lawatan nak beli tiket untuk lawatan ke Museum tapi penjual tiket dah keluar rehat hingga waktu asar.

Jam 1630 Ke kaunter tiket lawatan tapi tiket hanya tinggal dua sahaja, beli untuk Ngah dan Rose.



September 13 / 29 Zulkaedah
Ahad
Jam 0800 Rose dan Ngah pergi lawatan ke Museum Kaabah. Tinggal di hotel kerana sudah kehabisan tiket bas, cuma tinggal 2 tiket terakhir.
Jam 2000 Lawatan mengejut Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, lanjutan peristiwa kren tumbang. Beliau mengimamkan solat isyak dan di ikuti ucapan panjang lebar berbaur politik. Separuh jalan saja dengar ucapan Menteri. Keluar kerana tak sanggup mendengar ceramah politik di Tanah Suci. Pergi makan malam di kafeteria.



September 14 / 30 Zulkaedah
Isnin
Jam 0555 Sms Rose tanya dah beli sarapan atau belum. Rose jawab dah beli mee goreng dari kafeteria dan suruh tunggu di lobi untuk sarapan bersama.
Dah kena selsema pulak. Air mencurah-curah turun dari hidung terutama waktu solat.

Jam 1600 Selesai solat asar terus ke klinik maktab untuk berjumpa doktor. Giliran menunggu terlalu panjang. Jumpa Ngah di klinik juga sedang menunggu giliran. Doktor berikan pilihan ubat yang mengantuk atau yang biasa. Pilih yang mengantuk supaya cepat semboh.

Jam 1642 Solat maghrib dan isyak, air dari hidung  masih lagi menitis. Selesai isyak makan ubat dan tidur.



September 17 / 3 Zulhijjah
Khamis
Jam 0800 Taklimat masyair untuk kumpulan KT44. Taklimat persiapan jemaah untuk perjalanan semasa Wuquf di Arafah, bermabit di Muzdalifah dan prosedur serta ibadah-ibadah yang patut dilakukan semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina di sampaikan oleh pembimbing haji.
Jam 1824 Solat Maghrib dikuti oleh tahlil.
Jam 2000 Ketibaan Pengarah Operasi Haji, Tabung Haji untuk Majlis Dialog Haji. Dikuti oleh solat Isyak, diimamkan oleh Pegawai Tabung Haji dan seterusnya majlis dialog Haji.

Jam 2130 Selesai majlis ramai jemaah menuju ke kantin hampa kerana makan malam yang belum diambil semuanya sudah di lupuskan dan pekerja kantin semua sudah balik walaupun banyak makanan yang tidak di ambil lagi. Ini di sebabkan oleh pertukaran waktu majlis. Jadual asal majlis sepatutnya bermula pukul 9 malam tapi di teruskan selepas solat Isyak, menyebabkan ramai jemaah yang tidak sempat ambil makanan. Call Rose tanyakan dia dah makan belum, dia kata dah ambil makanan. Naik bilik Rose dah hantar makanan ke bilik.



September  18 / 4 Zulhijjah
Jumaat
Jam 0230 Bangun dan bersiap untuk ke Masjidil Haram untuk mengambil tempat strategik bersama Syed Nasir dan Azhar Maatan. Kali ini kami pilih bangunan baru dan kami naik ke tingkat atas. Orang tidak ramai. Terserempak dengan jemaah yang sama kursus di Masjid Wilayah, tak berapa cam tapi mereka kenal aku kerana jawatan penghulu.
Selesai solat, cari kedai makan di Hilton Tower tapi kedai masih tutup. Terpaksalah ke Safwa Hotel lagi.
Jam 0800 Selesai sarapan lihat jemaah yang tidur di dataran luar masjid dihalau oleh pekerja yang mencuci lantai dataran. Kami terus ke basement masjid lagi seperti minggu lalu dan situasi kesesakan yang sama berulang lagi.

Jam 1215 Azan berkumandang.
Jam 1400 Balik ke bilik dan tidur sehingga waktu asar.



September 20 / 6 Zulhijjah
Ahad
Jam 1120 Sms kepada Rose nak jumpa di lobi hendak call Afiqa untuk buat bayaran kad kredit dan bayaran ansuran kereta.

Jam 1824 Solat Maghrib berjemaah di surau.

Jam 1954 Ketibaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri lawatan ke maktab. Diikuti oleh solat Isyak, diimamkan oleh Tim Menteri JPM dan seterusnya ceramah haji disampaikan olehnya juga. 



September 22 / 8 Zulhijjah
Selasa
Sehari sebelum wuquf
Jam 0729 Rose sms minta izin keluar dengan Sophia untuk beli mangga.

Jam 1400 Jemaah-jemaah KT yang awal mula bergerak ke Arafah. Kami masih di bilik menunggu giliran untuk dipanggil.

Jam 1539 Solat Asar di surau hotel. Selesai solat balik kebilik dan bawa turun beg kelobi. Cari Rose dan rakan-rakan sebiliknya tapi tak jumpa. Petugas dah mula panggil KT44 tapi Ros dan rakan-rakan sebiliknya masih belum turun lagi. Call handfon Rose. Akhirnya naik bas nombor 49.
Kesesakan jalanraya dan keadaan bas yang dah semput membuatkan kami lewat. Beberapa kali enjin bas mati di tengah jalan, mungkin kerana terlalu panas tersangkut dalam kesesakan jalanraya. Aku berdoa dalam hati janganlah kami tersadai di situ, mula terlintas apakah dosa aku terlalu berat hingga di duga begitu. 

Jam 1800 Tiba di khemah Arafah, waktu dah senja. Suasana ketika itu mendung dan juga angin bertiup dengan kuat, kelihatan debu-debu berterbangan, khemah terbuai di tiup angin. Keadaan seperti nak hujan, masing-masing sudah mula cuak jika hujan ribut berulang lagi.
Turun dari bas suasana tenang kembali, setiap orang diberi cawan plastik serta paket-paket kopi, teh, gula dan krim serta sebungkus Indomie cawan.
Kelam kabut cari khemah dengan penat lelah, tempat kami digunakan oleh jemaah lain untuk solat, terpaksa menunggu sebentar. Solat jamak tamam maghrib dan isyak. Malam tu tak dapat makan mungkin kerana dah lewat. Tekak dah haus, air botol yang dibawa semuanya dah habis.
Keluar khemah mencari air minum, hampa, semua tong-tong air yang disediakan tepi khemah semuanya kosong. Perut dah lapar, cadang nak makan Indomie yang dapat tadi. Mencari pula air panas, jauh kebelakang sampai tersesat jalan lalu sebelah khemah wanita. Rupanya air panas tersedia dari paip air sebelah dapur, ramai jemaah lain duduk berkumpul makan maggi atau minum kopi. Sebelahnya dapur Maktab, tukang masaknya orang Arab dan orang Habsyi. Pekerja-pekerja lain sibuk membungkus makanan. Jumpa kotak air mineral, tak lepas peluang ambil dua botol air.
Rehatkan diri tapi dengan kepanasan yang melampau, peloh yang mengalir dibawah kain ihram menyebabkan tidak selesa untuk berehat. 
Syed Nasir dan Ali lewat tiba kerana lambat dapat bas dan Ali pulak kerana menguruskan emaknya yang uzur.



September 23 / 9 Zulhijjah
Rabu
Hari Wuquf
Bangun suboh sempat mandi dan buang air kerana orang tak ramai beratur. Air paip semuanya panas.

Jam 0730 Rose sms sambil perli “suami kita tak cari kita?” Kenalah aku pergi cari khemah dia yang terletak di belakang sekali menghala ke dapur Maktab. Buat temujanji untuk jumpa selepas zohor. 
Kepanasan di Arafah sepanjang di Arafah dianggarkan antara 44° hingga 50° Celcius.

Jam 1214 Solat Zohor dan Asar secara jamak Tamam. Khutbah Arafah disampaikan oleh Timbalan Menteri, JPM.
Selesai khutbah dan solat, pergi cari Rose dan cari “spot” untuk berdoa bersama-sama. Waktu ini paling sebak untuk diri aku, berdoa untuk isteri anak, emak abah dan keluarga serta untuk semua saudara-mara, sahabat-handai.
Jam 1700 Teruskan berdoa lagi dan sertakan ibadah lain sehingga kumpulan pertama dipanggil untuk bergerak ke Muzdalifah. Selesai satu Rukun Haji. Alhamdulillah.
Jam 1800 Waktu hampir maghrib, giliran menaiki bas masih jauh lagi. Ku tinjau awan di langit. Tiada apa-apa, tapi bila hampir waktu azan ku lihat kalimat ....... dalam tulisan jawi terbentuk dalam waktu singkat dan kemudian hilang pecah bila azan berkumandang, terlalu singkat hingga tak sempat untuk ambil hanfon dalam khemah. MasyaAllah, SubhanAllah…
Jam 1816 Solat jamak tamam Maghrib dan Isyak.
Jam 1900 Menaiki bas bergerak ke Muzdalifah. Jaraknya jauh dari Arafah, bas kami berpusing-pusing untuk sampai destinasi. Muzdalifah dah penuh sesak dengan jemaah yang bergerak lebih awal.

Bermabit di Muzdalifah
Jam 2000 Tiba di destinasi kelam kabut, kehilangan bag Rose. Badan letih, tekak haus. Uruskan beg Rose dan nak uruskan beg Ngah, memenatkan. Panik juga sebab orang lain dah sibok cari batu. Mulanya duduk di luar pagar tepi jalan, tapi di arahkan oleh petugas Maktab masuk dalam kawasan berpagar. Pening kepala mengangkut beg, dapat spot duduk bertiga dengan Rose dan Ngah. Sambil tu mengorek tanah cari batu. Kehausan terubat bila AzharM tunjukkan ada air bersih yang disejukkan disediakan di sebelah kawasan wuduk agak jauh juga.
Jam 2300 Kumpulan pertama mula bergerak ke Mina. Ngah sempat baring dan tidur, Rose tidur sambil duduk, aku duduk termenung.



September 24 / 9 Zulhijjah
Khamis
Di Mina
Jam 0400 Mula tunggu bas no 49.

Jam 0500 Tiba di Mina
Dengan badan keletihan, kami di tempatkan di khemah berhampiran pintu masuk. Khemah kami telah pun dipenuhi oleh jemaah lain. Suasana dah kelam kabut. Hampir tercetus pergaduhan, bila kami pulak duduk di tempat orang lain kami di marahi. Tidak mahu terjadi pergaduhan aku terus cari petugas TH, yang jumpa cuma petugas TH wanita dan beliau pun tak tahu nak buat apa. Saya tanya fasal tong air yang bersusun dalam khemah, rupanya tong air tu dah ambil tempat jemaah dalam khemah itu. Saya minta izin petugas TH keluarkan tong-tong air dengan bantuan jemaah lain walaupun pada awalnya ada yang tak mahu bekerjasama.
Setelah tong dikeluarkan kami kejutkan jemaah yang dah tidor untuk ke tempat masing-masing. Ada yang berpura-pura tidor tak mahu berganjak dan ada yang suruh kami pergi ke kemah yang kosong. Terpaksalah saya ingatkan yang kita masih dalam ihram dan mahu mencari haji yang mabrur, jangan sampai terjadi peselisihan, barulah jemaah-jemaah berpindah ke tempat masing-masing.
Solat suboh.

Jam 0730 Azhar Maatan beritahu ada jemaah Indonesia meninggal kerana heatstroke di luar maktab kami berdekatan bilik air.

Jam 0800 Ada jemaah menerima Watsapp berkaitan kematian sekumpulan Jemaah haji dari Afrika dan Asia Barat akibat rempuhan. Semua terkejut kerana tempat kami tidak ada apa-apa berita pun. Masing-masing yang ada internet mula google untuk kepastian.

Jam 0817 Rose sms nak jumpa di lorong luar dekat khemah pembimbing berkaitan melontar jamrah untuk Ngah. Jumpa PIHTAS berkaitan urusan melontar jamrah bagi pihak Ngah yang disahkan uzur syarie oleh doktor TH.
Terserempak dengan Tn Mokhtar Jais, rakan kursus asas haji Masjid Wilayah. Beliau sudah selesai tahllul awal selepas suboh tadi. Di luar Maktab ramai penjaja-penjaja tepi jalan dengan barang jualan seperti kopiah, jubah, tasbih, kayu koka, minyak unta, dhab dan sebagainya.

Jam 1730 Mula bergerak ke Jamrah untuk melontar Jamrah Aqabah atau jamrah kubra bersama Rose, AzharM dan adik dan emak saudaranya, Syed Nasir dan isterinya. Labbaikallah. Syed Nasir berjalan terlalu laju di celah-celah jemaah berkumpulan yang lain dan terus terpisah sebelum masuk terowong lagi. Semasa perjalanan terlihat beberapa jemaah yang terasa pening kepala, mungkin tak biasa guna travelator atau memang keletihan. Semasa perjalanan tak ramai jemaah kerana mungkin mereka ikut jadual yang telah di tetapkan oleh maktab masing-masing. 
Jam 1855 Setibanya di jamrah tak ramai jemaah melontar kecuali kumpulan Indonesia yang datang secara berkumpulan.
Baru melontar dua biji batu, aduh! Ada yang melontar kepala aku. Toleh ke belakang tiada yang mengaku atau minta maaf. Sabar je lah. Pindah ke bahagian tengah sedikit dan habiskan melontar. Rose pun bergunting untuk tahallul awal. Mulanya nak bercukur di khemah tapi dalam perjalanan ambil keputusan untuk cukur sedikit rambut untuk melepaskan diri dari 10 larangan dan bertahallul awal.

Jam 1930 Dalam perjalanan balik ada jemaah yang tumbang kerana pitam. Ku teruskan perjalanan balik. Mujur ada “travelator” tidaklah penat sangat. Azhar Maatan dengan adik dan mak saudaranya sejak sampai di jamrah lagi sudah terpisah dari kami. Setiba di tempat jualan makanan menuju ke khemah terserempak isteri Syed membeli makanan.
Sesampai di luar maktab kulihat ada yang mengupah pencukur rambut bangla dan budak-budak tempatan.
Aku dan Rose duduk di tepi jalan luar khemah makan roti telur. Di khemah salin dari pakaian ihram ke pakaian biasa. Solat Jama’ Tamam Maghrib dan Isyak di khemah.
Alhamdulillah. Selamat Hari Raya Aidil Adha, selesai tahallul awal.

Jam 2100 Jemaah lain telah pun bergerak ke Jamrah termasuk dari jemaah KT44 yang mengikut jadual yang di tetapkan oleh pihak Tabung Haji. Hanya tinggal kami yang tidak mengikut jadual dan jemaah dari KT yang lebih awal pergi melontar.
Peluang ini aku ambil untuk masuk ke bilik air yang tiada orang beratur untuk menyelesaikan hajat, mandi dan bercukur sendiri sehingga botak. Ketika jemaah lain balik dari jamrah kami sudah pun lena dibuai mimpi.



September 25 / 11 Zulhijjah
Jumaat
Jam 0600 Selesai solat suboh aku dan Rose bergerak untuk melontar jamrah. Pada mulanya bersama AzharM dengan adik dan emak saudaranya. Tapi dalam perjalanan seperti semalam terpisah lagi. Syed tidak bersama kerana keletihan dan mungkin sakit gout di kaki.
Jam 0913 Semasa di khemah sms kepada Rose mengajak cari batu untuk melontar. Rose cadangkan waktu petang nanti kerana cuaca panas. Akhirnya aku selak karpet dalam khemah terdapat batu-batu kecil dalam timbunan pasir yang jadi lantai khemah.
Petang itu tak perlu cari batu tapi kami berjalan-jalan sekitar shopping barang jajaan peniaga dari Afrika dan orang-orang Patani.



September 26 / 12 Zulhijjah
Sabtu
Jam 0700 Seperti semalam kami bergerak melontar tapi sebelom itu singgah untuk sarapan roti telor dahulu di tepi laluan sebelom masuk terowong.
Kali ini bilangan jemaah dah mula bertambah, termasuk juga jemaah group lain dah masuk ke dalam laluan khas Asia Tenggara seperti jemaah dari Afrika, Tajikistan dan Amerika.
Dalam perjalanan balik terserempak Syed, isterinya dan emak saudaranya. Kami berjalan bersama hingga satu peringkat terpisah kerana mereka terpaksa mengejar emak saudaranya yang jalan terlalu laju.
Jam 1030 Yang bernahfar Awal mula menaiki bas balik ke hotel.

Jam 1622 Bertanya Rose apa aktiviti petang. Petangnya kami keluar lagi beli barang-barang jualan tepi jalan. Sebelum itu Rose bawakan ubat batuk yang aku mintak kerana tekak aku sakit.

Jam 1815 Sms pada Rose untuk sampaikan pada Ngah, tak perlulah pergi melontar takut nanti sakit semula sebab perjalanan adalah jauh dan melontar hanyalah wajib yang boleh diwakilkan atau dam. Jika dah sakit tak boleh nak tawaf dan saie haji lagi susah sebab tawaf dan saie itu rukun yang mesti dibuat.



September 27 / 13 Zulhijjah
Ahad
Jam 0530 Selesai solat suboh kami bergerak ke Jamrah untuk kali yang terakhir sebelum pulang ke Hotel.
Jam 0625 Selesai Melontar, maka selesai wajib Haji melontar ketiga-tiga jamrah.
Jam 0700 Lepak di khemah sambil mengemas barang-barang untuk balik hotel. Breakfast daging korban dengan roti. Jemaah lain sedang bersesak di luar menunggu giliran menaiki bas. Banyak pulak makanan, air, biskut diagihkan tapi semua jemaah lebih sibuk tunggu bas. Banyak makanan yang terbiar. Terasa cuaca teramat panas.

Jam 1000 Kami pun menaiki bas balik ke Hotel. Jalan raya pulang ke Hotel penuh sesak terutama yang menuju ke Masjidil Haram.
Kami tangguhkan dulu tawaf dan saie kerana keletihan dan juga diberitahu keadaan di Masjid terlalu sesak kerana semua jemaah-jemaah negara lain sedang bersesakan hendak cepat selesaikan rukun haji dan balik ke negara masing-masing. 



September 28 / 14 Zulhijjah
Isnin
Jam 1012 Aku Sms tanya Rose bila nak selesaikan Tawaf dan Saie Haji kerana risau jika Rose datang bulan pulak serta bertanyakan keadaan Ngah sekali. Rose jawab baik pergi segera mana tahu tiba-tiba jika datang haid. Ngah pulak sudah tidak sihat semula.
Kami ke Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf. Pada permulaanya kami hanya bertawaf di dalam bangunan masjid kerana rasakan bilangan orang sudah terlalu ramai. Selesai pusingan ketiga, kerana pusingan terlalu jauh kami pun ambil keputusan untuk turun ke Dataran Kaabah. Kami tawaf di bawah jambatan mataf kerana kawasan ini kurang sesak kecuali kawasan sudut Hajar Aswad apabila jemaah dari negara lain berhenti untuk melambai kaabah.
Selesai Tawaf dan Saie Haji, maka sempurnalah ibadat haji kami. Alhamdulillah.
Bertanya pada tabung Haji untuk uruskan tawaf dan saie haji untuk Ngah, tapi di beritahu harga upah membawa jemaah uzur pada waktu puncak melambung hingga 700 riyal seorang. Dinasihatkan tunggu untuk 2 atau 3 hari lagi



September 29 / 15 Zulhijjah
Selasa
Jam 1138 Rose terima sms dari Afiqah sudah terima kotak courier dari Mekah.

Jam 1630 Pergi ke Masjidil haram bersama Rose untuk solat Maghrib dan Isyak, singgah di tempat permulaan tawaf kerusi roda. Bertanya pada pekerja menolak kerusi roda berapa upah tawaf dan saie, diberitahu 250 riyal sahaja. Berbeza dengan harga upah yang Tabung Haji tawarkan.
Jam 1850 Selesai solat Maghrib dan Isyak kami lakukan Tawaf sunat.
Dalam perjalanan balik kami lihat ramai jemaah negara Afrika dah sibuk mengangkut bagasi ke dalam lori dan bas dan bersedia untuk balik ke negara mereka.



September 30 / 16 Zulhijjah
Rabu
Jam 0645 Tabung haji tawarkan perkhidmatan Tawaf dan Saie untuk jemaah uzur dengan harga upah 500 riyal.
Jam 0700 Giliran untuk bawa Ngah selesaikan tawaf dan saie haji. Kebetulan semasa keluar dari hotel ada sebuah teksi menurunkan pelanggan. Terus aku tanya, “Haram?” pemandu teksi setuju, aku tanya lagi berapa riyal. Dijawabnya 20 riyal. Aku ajak Ngah & Ros naik teksi. Tapi dalam hati masih was-was seorang 20 riyal atau satu teksi 20 riyal. Walau apa harga aku reda. Bila teksi masuk jalan utama dilihatnya laluan ke masjid dah sesak dan tidak bergerak. Dia terus ikut laluan lain yang lebih jauh. Rupa-rupanya dia ikut laluan belakang berdekatan dengan laluan ke Bukit Marwah dan tak jauh dari kawasan perkuburan Ma’la. Sekurang-kurangnya aku dapat juga ke kawasan yang belum pernah aku teroka lagi. Tambang teksi hanya 20 riyal sahaja.

Kami berjalan ke Masjid, agak jauh juga jaraknya. Dalam perjalanan aku lihat bahagian badan kren yang tumbang tempohari masih lagi tersadai dan terjungkit. Kami terus ke kawasan laluan jambatan mataf untuk kerusi roda. Tempah seorang penyorong kerusi roda dengan harga 300 riyal kerana ada orang tengah yang menguruskannya. Kami nak iring sama tapi penyorong tu suruh tunggu sahaja, sebab dia nak buat cepat.
Selepas dia pergi, kami bergerak juga ke arah yang sama, tiada pengawal yang menjaga pintu, kami terus ke jambatan mataf. Sesampai di atas kebetulan Ngah pun lalu. Entah dah pusiangan ke berapa, laju sangat disorong. Kami tawaf sunat, solat sunat dan berdoa.
Kami keluar kearah Bukit Safa, cuba jengah kalau ngah masih ada. Kemudian kami turun dan terus kembali ke tempat mula.
Jam 0945 Ngah sudah pun selesai sambil duduk menunggu berlindung balik bayang dari panas matahari. Maka lengkaplah ibadah Haji untuk Ngah dan bergelar Hajjah Hapsah. Alhamdulillah.
Jam 1030 Pergi makan burger king di bangunan Makkah Hilton Towers selesai makan balik ke Hotel.


October 1 / 17 Zulhijjah
Khamis
Jam 1630 Kami ke Masjid bersama Rose dan Ngah. Solat maghrib dan isyak dibangunan baru. Janji jumpa semula di pintu 3.
Jam 2040 Bergerak balik Hotel.

October 2 / 18 Zulhijjah
Jumaat
Jam 0300 Bangun pagi lagi untuk hari Jumaat, solat suboh di bangunan baru dan kemudian bersarapan pagi seperti biasa. Tetapi kali ini hanya aku dengan Azhar Maatan sahaja. Syed awal lagi dah hilang dari bilik, mungkin ikut ustaz.

Jam 1211 Solat Jumaat terakhir sebelum kami bertolak ke Madinah. Selesai solat balik ke hotel. Rose ajak ke masjid, oklah tapi nanti waktu maghrib dan isyak.



October 3 / 19 Zulhijjah
Sabtu
Solat suboh bersama Rose di Masjidil Haram.
Jam 0530 Tawaf sunat bersama Rose. Ingatkan jemaah dah kurang tetapi tetap bersesak lagi, beberapa kali cuba mendekati kaabah atau hajar aswad tetap kena tolak balik ke tepi.
Jam 0715 Sarapan pagi kari kambing dengan roti canai di Bangunan Safwa. Contact Hj Muhamad Nor Amir turun ke foodcourt.
Shopping lagi di Safwa International, cari tasbih dll tetapi banyak kedai masih belum dibuka kerana masih awal pagi.
Hari ini berjaya baca AlQuran sehingga tinggal hanya surah Lazim sahaja yang hendak disimpan untuk khatamkan semasa di Masjidil Haram.

Jam 1158 Semua bagasi besar di kehendakki di bawa turun ke lobi untuk di hantar ke Madinah terlebih dahulu. Kami hanya sediakan pakaian yang perlu untuk 2 hari lagi, yang lainnya dalam bagasi.



October 4 / 20 Zulhijjah
Ahad
Jam 0846 Rose sms tanya bila nak ke Masjid dan beritahu Ngah nak buat tawaf sunat 7 pusingan berjalan sendiri. Tapi aku nasihatkan jangan kerana nanti kalau sakit  semasa tawaf atau apa-apa terjadi masa kesesakan, aku pulak disalahkan adik-beradik lain. Rose pun ada cakap Karimah dah nasihatkan Ngah bahaya tawaf jika tak sihat sepenuhnya.
Solat Asar dan Maghrib di Masjidil Haram bersama Rose.
Khatamkan Al-Quran. Alhamdulillah.




October 5 / 21 Zulhijjah
Isnin
Jam 0700 Berjalan kaki ke Masjidil Haram bersama Rose dan Ngah untuk melaksanakan Tawaf Wadak. Singgah di foodcourt bangunan Hilton Suites, breakfast roti telor wrap.
Jam 0900 Masuk ke Masjid dan tinggalkan Ngah kat area yang selamat.

Jam 0930 Bersama Rose memulakan Tawaf Wadak 7 pusingan dan disudahi dengan solat sunat. Setelah selesai kami cari Ngah semula dan bawa ke tempat upah kerusi roda.

Jam 1015 Upah sorong kerusi roda dengan harga 150 riyal. Kami hanya tunggu Ngah di bawah jambatan ke Mataf, cuaca sungguh panas.

Jam 1020 Terserempak Syed Nasir dan isteri yang baru selesai tawaf wada’.

Jam 1100 Ngah selesai tawaf wadak dan kami pun balik ke hotel.
Makan tengahari dan solat di surau hotel. Kemas barang-barang dan menunggu giliran untuk menaiki bas.

Jam 1300 Bas-bas sudah pun tiba di luar hotel

Jam 1400 Sudah mula turun ke lobi

Jam 1500 Diketuai oleh Azhar Maatan, group kami semua keluar kerana katanya bas no 6 sudah sampai. Setibanya diluar semua bas yang berhenti di lorong sisi hotel bukan bas kami. Masing-masing meletakkan beg di tepi bangunan sekolah rendah. Bila bas no 6 sampai dan kami dibenarkan naik, sekali lagi berebut untuk booking tempat duduk. Aku, Hj Azhar M, dan Hj Ab Rahim duduk di kerusi belakang sekali. Kali ini Rose dan Ngah duduk di kerusi dihadapan tempat aku.
Jam 1530 Bas pun mula bergerak, dan kami pun mula solat Asar Musafir dalam bas sementara masih berwuduk dan dalam kawasan Tanah Haram. Selesai solat kami berpeluang melihat kawasan sekitar Mekah, Bandar Al Utaibiyyah dan bas terus meluncur laju hingga ke lebuhraya ke Madinah. Kelihatan batu-batu dan padang pasir yang luas, sekali-sekala terdapat perkhemahan masyarakat badwi, unta-unta dan kambing-kambing ternakan dan juga unta-unta liar.
Jam 1800 Hampir Maghrib ada pula jemaah yang marah pemandu bas yang tidak berhenti untuk solat kerana dia belum solat, sedangkan dah di nasihatkan dalam taklimat untuk bersolat dalam bas. Pemandu pun terus masuk ke R&R terdekat.
Jam 1806 Sempat untuk buang air kecil, dah masuk waktu maghrib.

Jam 1840 Bas bergerak semula, dari bas pertama kami dah jadi bas terakhir pulak.

Jam 1900 Singgah tempat perhentian yang sepatutnya. Kami beli makan nasi arab ayam dan nasi arab ikan bakar. Setelah makan sedikit aku pergi solat jamak maghrib dan isyak di surau yang disediakan.

Jam 1940 Bergerak semula, kali ini bas bergerak agak perlahan sedikit.

Jam 2030 Bas memasukki check-point pertama. Naik pula petugas memberi air dan biskut dan kuih makmoul. Petugas itu pulak minta sumbangan.

Jam 2100 Masuk lagi check-point kedua. Kali ini diedarkan air minuman lagi, petugas di sini tak minta duit.

Jam 2130 Tiba di Madinah dan berhenti di hadapan hotel Saha dan terus menuju ke lif tapi penuh sesak kerana hanya ada 3 lif untuk 13 tingkat.

Jam 2200 Tiba di bilik, bagasi yang sampai awal di letakkan di sepanjang koridor hotel. Bilik kami di tingkat 3, bilik nombor 313, sebilik dengan Hj Azhar Maatan dan Hj Mohd Nazir Othman. Hj Ezuan yang sepatutnya sebilik menangguhkan perjalanan ke Madinah kerana ada urusan belum selesai. Rose dan Ngah di bilik sebelah nombor 314 bersama adik-adik Hj Ezuan yang belum tiba. 



October 6 / 22 Zulhijjah
Selasa
Ziarah Masjid Nabawi dan Raudhah
Jam 0400 Azan berkumandang untuk menandakan waktu suboh akan masuk sejam lagi. Bergerak ke Masjid Nabawi untuk solat suboh.

Jam 0500 Azan suboh pun berkumandang. Kali ini aku bertekad untuk dapatkan saf yang di hadapan, tapi hanya dapat pergi setakat ruang terbuka dengan payung besar dalam masjid kerana ada penghadang untuk laluan memasukki Raudhah.

Jam 0600 Balik hotel Rose dan Ngah tunggu di dewan makan, beli roti dan air teh panas untuk sarapan. Selesai sarapan naik ke bilik untuk salin pakaian.

Jam 0700 Bila turun semula lif semuanya sudah penuh dari tingkat atas. Turun ikut tangga. Rose dan  Ngah masih belum turun. Jemaah lain sudah di arahkan berkumpul di lorong antara hotel Safa dan hotel Haram.

Jam 0730 Rose & Ngah masih tidak kelihatan. Beberapa kumpulan dah memulakan ziarah.
Jam 0735 Rose & Ngah muncul dan kami terus ikut kumpulan ziarah yang terakhir. Dalam perjalanan berpecah pula kerana kumpulan wanita yang akan masuk ke dalam Raudhah bersama kumpulan yang lebih awal. Kami pula di bawa ke hadapan Raudhah, kemudian di bawa ke pintu Babussalam untuk menziarahi makam Rasulullah. Sempat beri salam dan berdoa sebentar.

Jam 0800 Di bawa ke pintu masuk Perkuburan Baqi tetapi tidak dibenarkan masuk kerana waktu melawat sudah tamat. Balik ke bilik.
Jam 1700 Solat Asar dapat tempat di saf yang depan hampir pada hadangan Raudhah. Selesai solat terus berebut masuk dalam kelompok untuk masuk Raudah. Cuma tinggal 1 meter dari tempat hadangan. Jemaah lain terutama dari India dan Afghanistan dan yang sama dengannya dah mula bertolak-tolak dan menghimpit jemaah lain. Tiba-tiba Pengawal Arab tu kata laluan masuk dah di tukar semua di suruh beratur ikut laluan lain. Ambil keputusan cuba lagi lain kali.



October 7 / 23 Zulhijjah
Rabu
Lawatan luar ke Masjid Quba, Ladang Kurma, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh
Jam 0500 Solat suboh di masjid.

Jam 0600 Balik ke hotel, beli 3 bungkus nasi lemak dalam pack kecil dari penjual Indonesia yang dah menetap di Madinah. Sebungkus 5 riyal berencahkan sambal sejemput dengan kacang. Tunggu Rose dan Ngah turun ke lobi tapi hanya Ngah yang sampai. Makan nasi lemak di lobi hotel sambil berdiri di meja bellboy hotel bersama Ngah. Rose sampai sudah masa untuk naik bas Ziarah. Semasa dalam bas ada orang datang menjual serbuk buah zuriat, teringatkan Pju dan Rafidah, beli satu paket. Ada macam-macam lagi dijualnya.

Jam 0700 Bas tiba ke ladang kurma. Bas pertama tiba, turun ambil wuduk dan merasa rhutab segar yang di frozenkan. Terasa sedap, lalu beli sekilo untuk makan-makan.
Jam 0740 Tiba di Masjid Quba iaitu masjid pertama dibina oleh Rasulullah s.a.w. di Madinah setelah penghijrahan Baginda. Solat sunat 2 rakaat dikuti solat Dhuha 2 rakaat di dalam Masjid Quba’.
Jam 0820 Menunggu ahli kumpulan naik bas tapi 2 hajjah tak muncul-muncul menyebabkan bas tertinggal jadi bas terakhir lagi. Semasa menunggu hajjah yang hilang naik lagi penjaja menjual serbuk buah zuriat dalam botol, beli lagi untuk Rafidah dan Pju, manakala serbuk yang beli tadi nak beri pada Boy kat ofis.

Jam 0900 Tiba di Bukit Uhud sambil melawat makam para syuhada peperangan Uhud. Lawatan seterusnya hanya melihat dari atas bas sahaja kerana kesuntukan masa. Lalu sahaja di hadapan Masjid Tujuh dan Masjid Qiblatain. Masjid tujuh sempena nama kumpulan askar yang terbahagi 7 sewaktu solat kerana berjaga-jaga dari serangan musuh. Masjid Qiblatain tempat Rasulullah menerima wahyu menukar arah qiblat dari Baitul Laham ke Baitul Haram.

Oktober 11 / 27 Zulhijjah
Ahad
Jam 0500 Solat suboh di sayap kiri masjid hadapan ruang wanita. Selesai solat keluar ikut pintu depan. Hari ini dah berniat nak melawat perkuburan Baqi’.
Jam 0600 Melawat perkuburan Baqi sendirian.
Jam 0620 Rose telefon ajak sarapan di dewan makan hotel. Bergerak untuk keluar dari kawasan Baqi balik Hotel.

Jam 1300 Mohamad Ali Arieb belanja makan Nasi Arab dengan ayam panggang setelah dia berjanji untuk belanja dari hari Jumaat lagi tapi tak jadi kerana dia demam. Alhamdulillah


Oktober 13 / 30 Zulhijjah 1436H
Selasa
Jam 1000 Bertekad untuk masuk ke Raudhah. Orang dah ramai tapi masih ada ruang. Selepas saja masuk kelompok mula ramai pulak dibelakang. Disuruh oleh pengawal duduk menunggu. dalam beberapa minit hadangan dibuka, terus terpa masuk. Baru melepasi halangan pertama, tapi keadaan berhimpit. Pintu kedua terbuka, ditolak oleh India dan orang-orang Afghanistan atau Tajikistan atau entah apa –tan lah. Tertolak ke tiang hampir terseliuh tangan kiri. Lepas lagi pintu kedua. Setelah menunggu hampir sejam melepasi semua rintangan, mencari untuk tempat untuk solat di dalam Raudhah. Dapat solat sunat 4 rakaat, 2 salam dan berdoa panjang dalam sujud. Alhamdulillah. Tercapai hajat.
Jam 1700 Selepas Asar singgah di Hardee’s beli burger untuk menjamu Mohamad Ali Arieb dan rakan-rakan di kedainya.
Jam 2000 Singgah kali terakhir di kedai Ali untuk mengucapkan selamat tinggal.


Oktober 14 / 1 Muharram 1437H
Rabu
Jam 0500 Solat Subuh di bilik berjemaah.

Jam 0515 Menaiki bas bersedia untuk pulang ke Malaysia.
Jam 0730 Tiba di lapangan terbang Madinah. Diarahkan terus masuk untuk check in, jarak yang agak jauh juga. Lepas pintu pertama masuk lagi dalam ke pemeriksaan imigresen untuk di cop paspot. Masuk lagi untuk pemeriksaan kastam dan x-ray bagasi. Banyak betul kerenah pegawai kastam, suruh buka talipinggang, jam, kasut dsb.
Jam 0830 Duduk di ruang menunggu. Tiba-tiba diarahkan tukar pintu menunggu lain. Baru dapat tempat yang selesa, diarahkan pula kembali ke tempat menunggu Pintu yang asal. Berebut-rebut jemaah nak ambil tempat terdekat Pintu ke kapalterbang.

Jam 0930 Mula panggil menaiki pesawat. Masuk kabin, ingatkan tempat duduk ikut nombor tiket tapi pramugari kata “free seating”. Berebut-rebut pulak cari seat yang boleh duduk bertiga. Rose duduk tepi tingkap, Ngah kerusi tengah, aku di kerusi tepi laluan.

Jam 1050 Kapalterbang dah berlepas. 10 minit lebih awal. Perjalanan balik terasa teramat panjang kerana merentasi masa.



Oktober 15 / 2 Muharram
Khamis
Jam 1210 Kapalterbang mendarat di KLIA.

Jam 0115 Jumpa semua bagasi dan bersalam-salaman dengan rakan-rakan jemaah sebelum keluar ruang ketibaan.

Jam 0120 Disambut oleh Aidi dan Zulaikha di ruang ketibaan KLIA. Turun ke kereta. Singgah di R&R Dengkil untuk solat Jama’ Qasar Isyak dan Maghrib, serta solat sunat syukor.

Jam 0230 Tiba dirumah disambut oleh Afiqah. Adriana tidur depan tv.