Showing posts with label Politic. Show all posts
Showing posts with label Politic. Show all posts

Monday, October 19, 2009

OTK in Tight Spot

When one in power, almost everybody supports (bodek) him/her, but when he/she loose the "grip", friends turn nemesis. After the 10/10 EGM showdown, OTK is not just losing his grip on presidential post but also losing his so-called supporters, loyalists, friends...

"Do not do unto others as you would have them do unto you..."

He should remember that, what he had done on CSL is haunting him. His former supporters knows that OTK's supports are divided and for them, to forego their current position in the party for a fresh election will mean they might lose forever their privileges and post, as they are still being seen as the supporters of a weak outgoing president.

So truly there is a third hand in the EGM, and they consists of ... (censored - nanti kena saman)

Sunday, October 18, 2009

PKR huru-hara...

Apa dah jadi pada PKR? Tak habis-habis dengan "internal crisis", Zaid ambil "Sabbatical Leave" dan PKR Sabah bergolak pulak tak mahu Azmin.

Apa yang berlaku?

Betulkah dakwaan dalam akhbar fasal "dictatorship" dalam kepimpinan PKR?

Atau semuanya gimik untuk memenangi balik sokongan selepas kelihatan putik-putik kejayaan 1Malaysia?

Jangan lupa ramai dalam PKR adalah "strategist" dan "schemer", pakar perancang dan first class acts. Pilihanraya Sarawak dalam masa terdekat, bila?

Tuesday, October 13, 2009

Bagan Pinang

Adakah kemenangan di Bagan Pinang boleh di banggakan? Jawabnya tidak!

Pertama, pemenangnya adalah orang yang di ragui kejujuran, sifat amanah dan pernah disabitkan dengan politik wang.

Kedua, Port Dickson seperti nama gelaran barunya adalah Bandar Askar (Army Town), sebahagian besar pengundi adalah askar yang setia dengan arahan kerajaan, bak kata orang takkan nak menggigit tangan yang memberi makan.

Ketiganya, apakah kemajuan di Port Dickson? Pantainya masih seperti dulu, kemudahannya mana? Jika kita berkereta ke arah Pasir Panjang, lihatlah keadaan jalanraya yang terbengkalai bertahun-tahun, jauh dari pandangan orang ramai kecuali memandu ke Melaka dari PD.

Bila menang ramai lah mendabik dada kerana kerja keras mereka, mereka dah "deliver" dan sokongan pengundi kalangan mereka telah kembali menyokong kerajaan, TETAPI sebenarnya, kejam mata pun kat PD Be eNd boleh menang, sebab undi askar.

Monday, October 12, 2009

Political chaos weekend

Political Chaos 1:
Tahniah Be eNd kerana telah berjaya menaikkan nama sebagai parti yang menyanjung ahli yang korup dan pernah disabitkan bersalah kerana korupsi/rasuah wang. Dan sesungguhnya akan kekal imej politik wang dalam ameno kerana ahli politik tersebut sekarang ini dah jadi Adun.

Political Chaos 2:
Siapa bakal pemimpin MCA, Sabtu lepas perwakilan MCA dah menolak kedua-dua presiden dan Timbalan Presiden, sekarang apa dah jadi. Be eNd akan huru hara, adakah akan muncul parti baru menggantikan MCA seperti Makkal Sakthi menggantikan MIC?

Inilah dia jika selalu menuding jari pada orang lain, ini dah jadi pada Be eNd sendiri...

Tuesday, September 1, 2009

Harga Petrol Naik

Pelik, sungguh pelik, harga petrol naik lagi 5sen. Nampaknya menteri ni nak memperbodohkan rakyat Malaysia ke? Apa kami tak tahu ke harga semasa minyak mentah dunia? Kita bukan lagi di zaman penjajah, Jepun ke British ke, yang mengharapkan berita dari akhbar atau radio aje. Sekarang ni zaman internet, semua maklumat sekelip mata.

Minyak mentah dunia naik sekejap aje bulan lalu tapi tu pun tak lebih dari US$75 setong. Naik pun sekejap saja, dia akan turun balik. Spekulasi dah tak sehebat dulu. Sekarang ni sekitar US$71 setong sahaja. Harga ni dah lama kat sini, rasanya masa umumkan harga pengenalan ron95 dulu harga minyak mentah lebihkurang US$65 sahaja, kenaikan tak sampai pun 10%. Bila pulak naik hingga 102%?

Dalam Bulan Ramadhan ni pun masih nak menipu? Tak ingat dosa ke? Astaghfirullah... Memang patut lah Be eNd ni sentiasa kalah, masih tak nak taubat lagi...

Monday, May 11, 2009

Perak Oh Perak

Perak Oh Perak, apa dah jadi, Apa ni Yop?

Memalukan... Dahlah Khamis lalu taktik jahat dan kotor diguna nak tukar speaker dewan dengan cara jahat dengan menangkap dan menghalau keluar dewan dan melantik speaker yang dipilih secara tak adil dan teratur. Inikah sikap BN.

Sekarang, apa dah jadi? Siapa yang malu? Zambry balikle kamu ke Pulau. Itu saja tempat kamu. Pergilah, Panggilan pulau pangkor menggamit kamu pulang. Tak layak jadi MB secara haram dan tak sah. Yang batil tetap akan kalah...

Najib, episod ini amat memalukan. Sebagai PM kamu tak boleh nak kawal orang kamu, sekarang apa dah jadi.

Penjawat awam yang dulu sekongkol dengan MB tak sah, terimalah nasib kamu.

Tulah degil orang kata "Jangan Tegur" dah ni "Jangan Pandang Belakang" sebab ada "Zombie Kampung Pisang"... (semuanya shoot kat Perak). Padan kan mokanya.

Thursday, April 9, 2009

New Cabinet lineup - mixed

It is a better mix of lineup, Sabah & Sarawak gets a larger number of representatives. Muhyiddin as expected is the DPM, MCA mostly retained except for Ong Ka Chuan. But UMNO losers like Rais & Nordin retained in the cabinet.

The best part is that the corrupt youth leader is not in the lineup, "padan muka pemuda UMNO", since they have voted for a corrupt leader, they lose the ministerial position, anyway the deputy Razali made it as deputy minister. Ensure a clean minister Najib. Pak Lah's and Khairy's proxy is still in the list.

The other guy, all analyst tipped to make a comeback as minister, a drunkard who like to pinch waitress butt did not make it, good decision by Najib. Clean up, Clean up.

A consolation for Mukhriz who became a deputy minister after losing the umno youth chief.

Wednesday, April 8, 2009

Election result

So, yesterday's by-election result shows that Najib's influence as PM is still ineffective, Mahathir's return in umno is irrelevant and Muhyiddin is still a nobody.

The rakyat shun BN; umno, mic & mca. This is also a signal to the Perak royalty that the rakyat is still not in favor of BN.

The main important issue is that the rakyat want changes. Need a full revamp of the government, a reformation. Leadership change during the recent umno convention is irrelevant because as we can see several corrupt leaders still voted in. And the promises of the new PM only seen as sweetener to win the election, i.e. release of isa detainees, transformation of umno etc.

There is no point to post-mortem the election result, but importantly to post mortem BN itself, its leaders, grassroot leaders, corruption, transparency, cronyism, nepotism, ...

Friday, March 27, 2009

Ameno apa-ape aje

Ramai orang-orang Pak Lah kecundang; Muhammad Mohd Taib, Shahrir, Azalina, Noraini Ahmad, Johari Baharum, Mohamad Hassan... Tapi orang Khairy pulak berjaya; Ismail Sabri, Shaziman...

Baik juga Mat Tyson kecundang, jika tidak tak tahulah apa akan jadi kalau TPM diinterview oleh wartawan asing cakap omputih. Macamana nak berjumpa vip dari luarnegeri? Dahlah tu nanti digelar TPM yang pernah bersumpah menjunjung Quran tak mengaku dah kahwin puteri Sultan.

Dialah Mentor kepada KToyo masa Kt mula jadi MB, tapi bila Kt dah pandai, Kt mula tamak dan Mat Tyson kena ketepi.

Tahniah pada Muhyiddin, tapi saya ragu-ragu sikit sebab MY dan ZH ni orang kuat DSAI suatu masa dulu...

Thursday, March 26, 2009

Ketua Pemuda umno - Upset

Keputusan malam tadi adalah satu kejutan besar, "upset" untuk penyokong Mahathir, Mukhriz & Najib.

Bagaimana orang yang telah diberi amaran kerana politik wang boleh menang Ketua Pemuda?

Bagaimana orang yang sedang disiasat kerana menyalahguna syarikat kerajaan negeri untuk kepentingan diri dan isteri juga boleh dapat undi yang banyak?

Betullah apa-apa aje boleh berlaku dalam "ameno".

Dan malam ini bolehkah bekas ipar Sultan menang Timbalan Presiden? Penipu yang pernah menipu dengan menjunjung Quran, membawa jutaan wang tunai keluar negara. Satu lagi upset?

Macamana nak jadi Timbalan Perdana Menteri kalau cakap omputih pun tak reti?

Lihatlah kebijakan orang ameno, kerana terlalu bijak, sampai "habis" bijaknya, dah kosong sampai tak kenal yang mana intan yang mana kaca...

Thursday, March 19, 2009

umno diciplinary board vs MACC

Our economy is shrinking fast, but the politicians are still unfazed except about their position and opportunities to rule and to outdo each other.

They even resorted to money politic just to get their way. Then came the disciplinary board announcing their decisions. The question is why now? When the party election is just days away? Don't blame the people when they came up with conspiracy theory and all.

I wonder, why the disciplinary board announce their verdict to the press instead of to the accused first. And these people is in the midst of a conference in front of their supporters, hundreds of miles away in Ipoh. And the cheek of it is that almost all supporters received the news from their cellphone's sms'es. What a shame and humiliating to the accused.

Why was the decision done in en bloc, it seems that the disciplinary board are playing judge, jury, prosecutor and executor all-in-one, for all the case.

And then why was the case of Norza and Azalina were not investigated by the board? Is there a jurisdiction line drawn between umno disciplinary board and MACC?

Wednesday, November 26, 2008

Nama Jalan

Tak habis-habis nak bertengkar fasal papan tanda nama jalan. Pihak Kerajaan pusat kononnya memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu jadi tak mahu campur aduk tulisan dalam bahasa lain. Kerajaan negeri yang tak sehaluan dengan kerajaan pusat pulak nakkan tulisan bahasa lain-lain kaum. Apa kena mengena tanda jalan dengan kedaulatan bahasa Melayu? Ini cuma seolah-olah nak timbulkan sentimen...

Ini isu kecil, tapi ramai Menteri yang kecoh sama, sampaikan heboh kat parlimen, apa tak ada isu yang lebih besar ke? Bukankah ekonomi dunia sedang gawat, patutnya kita tumpukan pada masalah ini yang akan memberi kesan pada seluruh rakyat Malaysia.

Yang melucukan, ada menteri pulak yang kata jangan dipolitikkan isu ini, tapi siapa sebenarnya yang politikkan? Siapa yang bawa isu ini ke Parlimen? Kerajaan pusat sendiri sehingga membawa isu ke Parlimen. Buang masa aja.

Kalau kerajaan Pulau Pinang nak pasang tanda nama apa salahnya, tulisan bahasa Melayu masih di utamakan. Bahasa lain tu hanya sampingan, kalau semua bangsa di Malaysia ni nakkan bahasa mereka biar lantak lah biar penuh tanda jalan tu pun apa ada hal?

Kenapa pula bila DBKL memasang tanda nama jalan yang mempunyai bahasa Arab, tak ada pula Menteri atau ahli Parlimen yang melenting? Sila datang ke Bukit Bintang, anda akan lihat banyak tanda jalan disertakan dalam bahasa Arab. Silalah ke Jalan Isfahan, terpampang "Ain al-Arabia" bahasa Arab. Berapa kerat keturunan Arab rakyat Malaysia, bahkan mereka ni banyak mengaku jadi orang Melayu sebab nak status Bumiputera macam Syed Hamid tu boleh jadi ahli Umno!

Jadi, kenapa bila kerajaan yang tak sehaluan semuanya tak betul tapi yang sekongkol semuanya boleh saja. Bukankah dengan adanya pelbagai tulisan akan mencerminkan negara Malaysia yang berbagai kaum?

Isu ini dah melibatkan Menteri Kesenian, Menteri Pelancungan dan Menteri WP. Kenapa, mereka semua ini tak ada kerja ke? Sekarang ini ada isu lebih besar, iaitu Ekonomi Negara. Inflasi dah melambung, harga barang dah tinggi, tambang bas akan naik walau harga minyak dah turun. Ini hujung tahun, banyak perbelanjaan untuk anak sekolah, dan sebagainya...

Monday, November 24, 2008

Economic Disarray

Just in a couple of months Malaysian economic outlook fluctuate erratically. In the middle of the year the Malaysian government panicked due to higher crude oil price, suddenly hike the fuel prices, petrol up more than 40%, while diesel only a few cents cheaper than petrol.

Pity that our current Prime Minister has no economic background nor his initiative to consult the professional economists. The DPM had not practised his knowledge in economy for a long-long time, since his last short stint when he was a deputy minister in MOF, he has been too long in Education and Defense Ministry. As a whole the cabinet made the worst decision in the history of Malaysia by endorsing the fuel hike on June 5, 2008.

It is the worst decision which compel the Consumer Price Index (CPI) or Inflation to shoot to the ceiling to 7.7% in June, 8.5% in July and August and 8.2% in September.

All transport costs shoots to the ceiling with 30% extra surcharges for buses and all food items increase higher and higher.

It was also a bad timing, as the region were facing food produce shortages, rice producing Indo-china were hit by flood, eartquake in China etc.

To appease the angry public, the government had to introduce cash rebates on road taxes and several other incentives were introduce for several category of users. In the first place the move can be avoided if the government had been very prudent and sensible in their decision process.

Now the price of petrol in Malaysia is almost back to where they once were before June because the crude oil price climbed down significantly since then and much lower than it was a year or so ago. The fifth reduction since August.

The main issue all other prices will never come down again. Shahrir had to convince or more probably made a pact with the giant Hypermarkets to reduce their prices. Good for consumers but on the other hand this move will kill the smaller retailers or "kedai runcit".

The recent price reduction for rice were mainly due to the restoration of supply not due to the government effort.

A couple of weeks ago they announced to cut employees contribution to EPF, the effort is not really to help employees during economic strain but mainly to ensure domestic consumption level remain high and by end of the year, the government will report a good GDP/economic statistic. This is another short term measure. The loser - by the time the employee reached their retirement age the savings will not be sufficient.

Another stupid move was to introduce 10% toll discount between 12midnight till 7 am for passenger cars, it seems the government is encouraging the public to drive during the wee hours. Ironically these are the most dangerous time for passenger cars; heavy vehcles and time to sleep.

Just like any other countries our government had to introduce RM7bil stimulus package to spur the economy. Where will the money come from and how the government is to channel them?

Why don't the government be more cool, prudent and sensible like Bank Negara with their monetary policy especially overnight policy rate?

Wednesday, November 19, 2008

No Fuel Subsidy

Yesterday's Shahrir's statement has proven that my earlier suspicion and contention that our retail fuel price were no longer subsidized by the government is true.

Check out today's Star newspapers or StarOnline "Government Not Paying Petrol Subsidies". At last the government finally revealed that our fuel price no longer subsidized since the global crude oil price drop below USD65/barrel. So for all that period, in actual fact we have already been paying a premium and most probably still are. Shahrir did also mentioned that the price may be cut to RM1.92 or much lower soon, therefore indicating that all this while the subsidy is either minimal or non-existent.

Quoted from The Star;
“Even with petrol retailing at RM2 per litre, we are not paying any subsidy. We have actually arrived at a time when the price can return to RM1.92,” he said.

Then what happen to the discount of 30sen, most probably also non-existent. The Government all along had given a wrong picture on the subsidy when Shahrir said;

“Earlier announcements of how much the subsidies cost us, even as recent as 2005 or 2006, always included how much we had foregone in terms of taxes.

“We have stopped doing this, however, and just focused on how much subsidy we are paying,” Shahrir said, adding that the Government was now enjoying some revenue due to the difference in the ex-refinery price and the price oil companies sold petrol to station operators." (the Star 19/11/2008)

See how lack of transparent the BN government were and still are.

As an oil producing country we should be enjoying much lower fuel price, like Brunei and the oil rich middle Eastern countries.

Wednesday, October 22, 2008

Peralihan Kuasa

Ada betulnya kat-kata Muhyiddin (TSMY) bahawa tempoh pemilihan pucuk pimpinan Umno pada bulan Mac 2009 adalah terlalu lama sedangkan pencalonan di peringkat bahagian akan tamat sebelum bulan Disember iaitu sebelum tarikh asal Perhimpunan Umno.

Dalam tempoh yang begitu panjang lebihkurang 3 hingga 4 bulan berbagai peristiwa tidak dijangka pastinya berlaku. Dalam tempoh itu mainan politik akan lebih agresif, politik wang (rasuah senang cerita) pasti berlaku. Tekanan dan "intimidation" serta aktiviti melobi akan menjadi lebih hangat dan berbagai cerita baru kemungkinan akan muncul.

Masing-masing akan berlumba-lumba untuk memenangi hati perwakilan yang bakal mengundi, apa cara lagi kalau bukan dengan cara paling mudah... wang atau jawatan.

Janji-janji dan tawar-menawar akan lebih galak dan akhirnya masing-masing pula akan menggunakan pula cara yang lebih kejam dengan "membunuh" kerjaya politik masing-masing dengan tuduhan yang bermacam-macam (fitnah la tu) sehingga ada pihak yang mungkin akan menyalahguna kedudukannya dan pengaruh dalam kerajaan untuk menjatuhkan lawannya. atau setidak-tidaknya mengada-adakan cerita dan mengadu pada jawatankuasa disiplin tentang salah laku pihak lawan.

Apakah Pak Lah tak terfikir keadaan ini atau memang sengaja menangguhkan pemindahan kuasa dengan objektif tertentu.

Cubalah kita ambil iktibar dari pemilihan Presiden Amerika Syarikat, walaupun pengundian di buat pada awal bulan November, Presiden yang baru akan hanya diiktiraf pada 20hb. January pada tahun berikutnya, dimana Presiden lama akan menyerahkan kuasanya pada hari tersebut tanpa mengira dari parti mana sekalipun. Ini juga memberi ruang pada Presiden lama untuk menyelesaikan kerja-kerjanya sebelum penyerahan kuasa dan juga suatu peralihan kuasa yang aman. Tidak semestinya bila kalah terus diterajang!

Jadi apa salahnya diubah perlembagaan Umno (jika perlu) untuk membolehkan Pak Lah menyerah kuasa pada bulan Mac bagi memberi ruang peralihan kuasa yang sebenar kepada Presiden Umno yang baru yang dipilih pada bulan Disember.

Tuesday, October 14, 2008

Rumah Terbuka

Rumah terbuka yang dibuat oleh DSAI tak de pun insiden yang tak diingini, tapi rumah terbuka Kabinet jadi kecoh. Ini lah perbezaan antara "keikhlasan" tuan rumah dan penerimaan orang ramai.

Rumah terbuka sepatutnya bebas untuk semua tetamu, dah namanya "rumah terbuka". Adakah wajib bila hadiri rumah terbuka tu kena pergi salam dengan semua VIP atau VVIP. Nak kena beratur pulak tu masa bersalam.

Bukankah namanya rumah terbuka, sepatutnyalah bebas tetamu dan tuan rumah untuk bercampur gaul bak kata orang putih, "to mingle around". PM dan bini tercegat salam dengan orang aje takde datang meja ke meja berbual dengan rakyat. Dah tu VVIP duduk meja khas, ape hal? Sepatutnya di Hari Raya takde status VIP atau VVIP atau orang biasa. Semuanya sama.

Kata negara kita negara demokrasi, tapi kenapa orang yang datang pakai tshirt, "Free RPK" kena soalsiasat. Salah ke? Suka hati orang lah nak pakai baju apapun, asalkan menutup aurat oklah.

Pada saya bukan sahaja Hindraf yang tak menghormati majlis bahkan Pak Lah dan kuncu-kuncunya pun tak menghormati hari raya yang mulia. Kalau datang raya pun tak semestinya nak jumpa semua Menteri, nak salam kena beratur, dahlah nak makan pun kena beratur jugak, nak masuk dewan pun beratur jugak, nak keluar pun beratur jugak, masa banyak yang terbuang.

Kan lebih mudah buat kat tempat lapang dan terbuka bawah khemah, barulah betul konsep rumah terbuka, no vip status semua sama. Kalau ada nak demonstrasi, biak pi kat depa. Tak payah kecoh-kecoh...

Tarikh PM Baru???

Ha ada lagi tarikh baru! DSAI amat mengharap untuk menjadi PM yang baru. Dulu sebelum Aidilfitri, sekarang ni sebelum Aidiladha pulak, DSAI buat gempak lagi.

Kenapa tak panggil je buat undi tak percaya kat Parlimen semalam, kan kerja senang. Hari itu masa Parlimen cuti, DSAI mintak Pak Lah panggil bersidang sebab dah cukup kerusi nak vote BN keluar tapi tak dilayan, sekarang ni dah bersidang tunggu lagi.

Apa sebenar cerita ni, buatkan rakyat pening kepala. Cukuplah kita nak teruskan kehidupan, jangan kerap begini nanti semua orang hilang kepercayaan, lagi susah. Sampai masa tu semua ahli BN akan dihantar keluar negeri kali ini dengan alasan ke Amerika tengok macamana syarikat gergasi bankrap, dah tertangguh lagi nak jadi PM. Bukan tak tahu orang BN ni kelam kabut, tapi bila dah lepas mereka dengan bangga menuduh DSAI menipu. Sekarang ni Pak Lah pun kata nonsense, tapi hari tu nampak kelam kabut, la ni pun dia apa peduli, dia nak beri kat Najib, apa-apa hal Najib tanggunglah sendiri. Pak Lah akan pencen.

Kalau kerap berjanji tapi tak ditunai orang akan mula rasa meluat. Kalau nak tukar, terus je buat tak payah beri tarikh.

Thursday, October 9, 2008

Good Bye Pak Lah

It is confirmed Pak Lah is leaving, good for him and good for everybody. At least he acknowledge that he is no longer needed after the bad performance of the last general election and the PP by-election.

He should have retired immediately and have nice, long sleep and concentrate on his wife and grandchildren, leaving all the burden of reviving Umno's glory to Najib to settle and also let Najib face DSAI, rather than losing sleep just to please the son, son-in-law and personal advisor. They are all grown up and should fend for themselves.

Like I said yesterday, a lot people will be dissapointed. All close relative definitely will and all a**licker, like the one yesterday morning carrying placards at his residence and PWTC, while few weeks ago several malay NGOs led by Senator Jins had call for Pak Lah to stay and at the same time condemning TSMY.

Are we sure Najib will not bungle? Will the first-lady in waiting actually run the nation? Wait! don't be too happy, what about Pakatan Rakyat's intention to topple BN?

Anyway, Pak lah made a record and it should be recorded in the Malaysian Guiness Book of Record for 1. leading BN to the highest victory in GE2004 and 2. Being the leader with the smallest BN majority in history for GE2008. 3. The only PM got married while in office. 4. The shortest tenure as PM?

Wednesday, October 8, 2008

Saat dinanti

Ramai ternanti-nanti keputusan Pak Lah hari ini, bertanding atau tidak.

Dari riaksi ahli Umno, terutama Ali, Zahid & Jazlan, macam Pak lah akan berundur, tetapi mesyuarat sampai pagi malam tadi macam ada perancangan terbaru aje.

Apakah tindakan terakhir penyokong-pnyokong kuat Pak Lah akan lakukan untuk memastikan Pak lah terus memegang jawatan Presiden. Muhyidin pun macam tak yakin 50-50 aje, hingga tak nak declare lagi bertanding jawatan apa.

Berat betul Pak lah nak lepaskan jawatan Presiden Umno @PM ni. mana tidak, kontrak-kontrak banyak belum diluluskan... terlopong lah Scomi, Dewina, ECM Libra, dan terkandas lah cita-cita budak tingkat 4 nak jadi PM termuda.

Pada congakan saya ramai yang hampa...

Tuesday, October 7, 2008

Rebut Timb Presiden UMNO

Tak sabar-sabar berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi calun Timbalan Presiden UMNO. Ali Rustam, Zahid Hamidi dan Jazlan. Ada lagi tapi yang lebih matang akan menunggu pengumuman Pak Lah dulu takut nanti dikata langkah "bendul".

Confirmkah Pak Lah tak bertanding?

Ali baru tadbir salah satu negeri yang terkecil tu pun nak tonjol diri, apa perubahan/kemajuan yang dah di buat untuk negeri Melaka? Kalau setakat pindah "Eye on Malaysia" jadi "Eye on Melaka", siapa yang dapat faedah. Pantai habis di tambaknya jadi shopping kompleks. Kalau setakat bina pusat beli belah aje, rakyatnya masih takuk lama apa guna.

Zahid "mat rempit cc besar" Hamidi, bercita-cita tinggi nak jadi TP. Dulu pernah kena tangkap bersekongkol ngan DSAI, masuk ISA. Sekarang pandai dah cakap bab agama, jadi Menteri agama. Tak usahlah tonjol imej "Mr Clean", orang semua dah tahu.

Jazlan, anak Tok Mat ni pun dah nak jadi TP Umno. Bercita-cita besar atau jadi proksi? Tok Mat dulu pun tak merasa jadi sekarang ni giliran anak pulak. Tapi, it is not a bad idea.

Jika Umno benar-benar mahukan perubahan mereka perlukan young blood, fresh ideas. Kekalahan Umno dalam PRU12 yang lalu berpunca dari pengundi muda seperti Jazlan yang mahukan perubahan dan suara orang muda di dengari.

Golongan seperti Jazlan adalah diperlukan, pada saya Pemuda UMNO dah tak releven sebab diterajui oleh orang tua lebih 40 tapi mengaku "pemuda" dan juga Timbalannya yang terlalu kemaruk kuasa bercita-cita besar nak jadi PM termuda, hingga tak menghiraukan perjuangan sebenar Umno tapi lebih pentingkan "survival" diri sendiri. Semenjak DHTH ambil alih Pemuda, seolah-olah kehilangan taring, balik-balik menghunus keris ke udara. Itu saja...

Sejak PRU12 yang lalu apa perubahan atau pembaharuan yang telah Umno laksanakan untuk menarik balik minat pengundi?

Kalau setakat menyerang peribadi pembangkang, itu tindakan kebudak-budakan. Tunjukkanlah dengan kemajuan dan usaha memahami "grassroot". Ini pergi ambik tindakan ISA, api-apikan isu perkauman, lontar molotov koktel, tak "cool" lah macam tu.