Showing posts with label Newspaper. Show all posts
Showing posts with label Newspaper. Show all posts

Friday, October 17, 2008

Tabung Azan?

Saya amat terkejut dengan cadangan Umno Cheras menubuhkan "Tabung Azan", semata-mata untuk menolong Utusan Melayu menghadapi tindakan saman oleh Ahli Parlimen yang didakwa dalam akhbar UM menyuruh memperlahankan laungan Azan. Dan pada masa yang sama ramai pulak yang berkata tindakan menyaman akhbar adalah tindakan untuk menghalang kebebasan akhbar. Pelik dan ajaib, itulah sebabnya hingga sekarang saya masih tak faham.

Pertama, saya memang menyokong kebebasan bersuara dan akhbar tetapi tentunya ada batasnya. Jika seseorang telah menceritakan sesuatu yang tidak benar, adakah ini bermakna Kebebasan? Sudah tentu tidak, ini fitnah namanya. Adakah "Press Freedom" bermakna kita boleh memfitnah sesuka hati tanpa rasa tanggungjawab?

Keduanya, kes ini belum pun lagi dibicarakan di mahkamah, dan kita tak tahu lagi siapa yang benar dan siapa yang salah. Jika kita awal-awal lagi dah tubuhkan tabung ini dan akhirnya didapati UM bersalah bermakna kita dah bersubahat dengan pihak yang salah.

Ketiga, nama tabung ini juga mengelirukan dan lebih pada gimik politik untuk memancing simpati orang Melayu dan Islam amnya. Kenapa tak dinamakan tabung Utusan Melayu.

Keempat, UM adalah sebuah syarikat berhad yang sepatutnya menjaga nilai-nilai etika dan sebagai sebuah institusi yang dimilikki oleh orang Melayu yang secara amnya adalah orang Islam, sepatutnyalah mereka memartabatkan nilai Islam TETAPI jika mereka buat salah, tanggunglah sendiri.

Sejarah UM sudah tak relevan lagi, UM bukan lagi UM pada zaman 1950an atau 1960an, kini zaman dah berubah, kita tak perlu lagi mengenang masa yang dah lalu tapi harus bergerak untuk masa depan. Lebih-lebih lagi peneraju UM dan pemiliknya pun dari sektor komersial dan bukan pengasas asal lagi.

Apa-apa pun kita tunggulah sehingga keputusan mahkamah, barulah kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Jika UM menang dan di dapati benar saya akan menyokong UM tetapi jika sebaliknya...?

Wednesday, October 15, 2008

Cerpen atau ...

Saya terganggu membaca karya cerpen yang ditulis dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu, Jika dibaca oleh sesiapa pun, secara spontan akan mengaitkan karya ini dengan individu tertentu dalam politik negara. Kita sedar MM sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh Indidvidu tertentu, walaupun begitu saya rasa amat terganggu dengan pengakhiran ceritanya, bacalah petikan dibawah.

Apakah cerpen ini suatu kebetulan?

Adakah cerpen ini semata-mata cerpen?

Atau di sebaliknya ingin meluahkan rasa marah terhadap individu tertentu?

Adakah ini sebagai ingin mempertahankan organisasi tempat penulis ini bekerja?

Atau adakah ini sebagai cubaan untuk "instigate" atau cubaan mengapi-apikan supaya orang membunuh?

Atau suatu ugutan secara halus...?

Petikan dari cerpen dalam Mingguan Malaysia, Ahad 12/10/2008

"Apabila YB J bangun untuk menuju ke rostrum ucapan, seorang anak muda dari belakang pentas berjalan tenang menuju ke arahnya. YB J tersenyum kepadanya. Dia menyangka anak muda seketurunan dengannya ingin mengiringinya ke rostrum atau bersalaman dengannya.

YB J menghulurkan tangan. Tiba-tiba YB J tergaman dan berdiri kaku. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tergenggam erat pada tangan anak muda yang seolah-olah mahu membalas salam tangan yang dihulur itu ialah sepucuk pistol jenis Revolver yang betul-betul diajukan ke arah dada YB J.

Tanpa berkata apa-apa, anak muda itu melepaskan beberapa das tembakan. Salah satu daripadanya tepat mengenai jantung YB J. Dia rebah ke lantai.

Para hadirin menjadi panik. Mereka yang berada di atas pentas turut tergamam melihat apa yang berlaku. Kejadian menjadi hiruk-pikuk dan tidak terkawal. Pihak penganjur yang tidak menduga kejadian malang itu berlaku, tidak tahu berbuat apa-apa. Beberapa orang anggota polis berpakaian preman yang menjadi tetamu yang tidak diundang dalam majlis itu, meluru ke arah pentas. Rakan-rakan mereka yang berpakaian seragam yang berkawal di luar juga bergegas masuk ke dewan.

Tetapi belum sempat mereka berbuat apa-apa, kedengaran beberapa das tembakan lagi. Kali ini yang rebah adalah anak muda itu sendiri.

Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua mereka - YB J dan anak muda yang berpakaian kemas itu, sudah tidak lagi bernyawa.

Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.

Ia berbunyi: YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan."

Monday, September 22, 2008

Melayu & Utusan

Nampaknya ahli-ahli Umno lebih taksub untuk memperjuangkan ketuanan Melayu sedangkan ramai yang tunjuk besar kepala ini bukannya sebenar-benar berketurunan orang Melayu contohnya keturunan mamak atau arab yang bermula dengan syed, sheikh atau yang bernama akhirnya al-attas dan "al-bab". Dan mereka ini juga lah yang lebih-lebih. Bagaimana mereka di kategori Melayu pun entah tak tahu...

Tak pelah tapi bukankah lebih baik jika kita memperjuangkan Islam.

Kita lihat saja, di bulan Puasa mereka berbohong, menabur fitnah, memburukkan orang lain, mencerca dan mengaibkan orang lain. Ini di bulan Ramadhan, bulan yang sepatutnya dipenuhi dengan amal ibadat dan berbaik-baik sesama insan tanpa mengira latarbelakang masing-masing, tetapi mereka masih taksub untuk memburukkan orang lain.

Lagi satu apa punya Utusan Malaysia lah dia pulak lagi pandai suruh buat "lie detector test" kat Teresa Kok? Apa punya surat khabar le, kalau ada bukti siarkan lah, tunjukkan di mahkamah, kalau setakat dengar fitnah orang lain apa nak jadi. Tak sedarkah hukuman keatas orang yang mengeluarkan fitnah.

Berbaik-baiklah dengan kaum lain, mereka ini makhluk Allah jua dan hayatilah tafsiran (jangan memandai buat tafsiran sendiri guna logik tapi tafsiran dari para Ulamak dan Aulia) sebenar yang terdapat dalam surah Al-Kafiruun...

Wednesday, July 9, 2008

Minister blame Blogs

On today's newpaper TheStar, a Minister hit out at weblogs and bloggers, blaming bloggers for spreading inaccurate information and accusing bloggers of exaggeration on facts, matching blogs to spreading gossips from mouth to mouth.

It seems that this particular minister is from old school politicians, no wonder they can't or most likely would not understand the needs of new generation of voters. We are no longer the generation of "Yes, Minister" (1980's British Sitcom), we are the new generations of voters and political observers. And we felt that there is a need for us to speak our mind. I am apolitical and I am not easily swayed either. We are not "atas pagar" but merely people who don't bother about politic unless it affect our lives.

The Malaysian political scenario now is getting out of hand, everybody is fingerpointing, blaming others for their own weaknesses and misdeeds. Now this Mr Minister is accusing bloggers of spreading lies and inaccurate reports. Mr Minister, this is the era of information technology, we cannot just rely on what was reported by the newspapers and tvs - mostly controlled by political proxies. And most important we are not stupid. Blog is not like gossips (spreading by mouth) but is in writing (black and white) and it is not a "surat layang" - the author can be easily identified. As Minister they have the privilege of press coverage but for the rakyat, we also need a medium to express our mind too.

If this Mr Minister blames bloggers for inaccuracy, then that mean the blogs run by other Ministers - his peers, are also inaccurate and everybody should not believe what the other Ministers wrote in their blogs. It seems that this Minister had his fact wrong and he is making a malicious slander on Bloggers.

Thursday, July 3, 2008

The Star's Front page photo

When I saw on today's (3/7/08) newspaper The Star, I was quite surprised looking at the front page photos of DSAI's accuser. Surprise because he claimed that he had been sodomised but by the look on his happy face, he looks like he just won a lottery. Smiling and happily waving at reporters and journalist; quoted from utusan's article "...tersenyum memandang sekumpulan pemberita dan jurugambar yang berada di pekarangan balai dan sempat melambai-lambaikan tangannya...". It did not reflect as a man who had been through something that would made him, his family, or his fiancee ashamed. No sign of trauma.

Well, it is a glamorous world to be in the limelight.

This photo taken from Utusan website: credited to Sin Chew Jit Poh.