Pernah saya jumpa penjual yang tulis poster Beriani Johor di pasar malam, tapi tak ada lauk masak beriani, yang ada daging rendang, bila ditanya mana lauk beriani?, dia tanya balik, Lauk beriani tu apa? Ceh! apalagi saya pun cakap lah kalau lauk beriani pun tak tahu jangan mengaku Nasi Beriani Johor/Batu Pahat.
Beriani Ayam
Bila order dah sampai... dari segi rupa nasinya dapat A++, bukan semua penjual yang guna "saffron" atau koma-koma secara "generous" begini, merah kuningnya ketara, sebab saffron ni mahal, 1 gram berpuluh ringgit. "Saffron" ni di import dari Spain atau Turki kerana bunganya hanya terdapat disana. Beras basmathi yang panjang-panjang dan lerai memang sesuai untuk masak Beriani.
Beriani Kambing
Giliran merasa nasinya dulu... WOW! memang sedap, nasi aje tu belum lagi lauk beriani...Bila rasa kambing beriani... wah baru betul ni... memang tak di nafikan setelah sekian lama saya mencuba nasi beriani di KL/Selangor ni, inilah yang terbaik, terpower, tersedap untuk seluruk KL/Selangor lah. Sampai habis licin. Memang makan nasi beriani ni lawannya air sirap bandung yang dibancuh dengan "cream soda" - semuanya authentic...
Hampir setanding Beriani masakan Emak saya & juga Pak Cik saya - Arwah Pak Mat Kepol di Tampoi JB, setanding beriani Restoran Hj Bakhil juga di Tampoi JB, Beriani Mat Shah di Batu Pahat dan Beriani Taman Soga, BP.
Beriani lain yang dah saya cuba di KL/Selangor ni tak sehebat ini. Sebagai orang Johor makanan ini adalah my all-time favourite apatah lagi semua adik beradik saya kahwin dan semua kenduri-kendara semuanya masak beriani samada oleh Pak Mat Kepol, Emak, Pak Hamid, semuanya saya terlibat sama... buat menyibuk...
Lokasinya terletak tak jauh dari persimpangan ke Paya Indah Wetlands, jika datang dari pekan Dengkil/Putrajaya, terletak di kiri jalan bersebelahan gedung perabut Jati. Jika dari Banting atau Klang, tak jauh selepas Simpang Paya Indah.
Harganya standardlah kalau nak makan yang betul-betul power... Beriani Kambing RM12 tak jadi hal, Beriani Ayam RM10 dan ada pulak Beriani Keli RM7... ini harga standard KL. Harga koma-koma atau saffron mahal dan beras basmathi pun tersangatlah mahal sekarang ni.