Monday, December 7, 2009

GP Jati Beriani House

Semalam, dalam perjalanan balik dari Paya Indah Wetlands terjumpa GP Jati Beriani House, tak jauh dari Simpang Paya Indah Wetlands. Serta-merta tekan brek dan masuk parking...Tengok dari luar kedainya sungguh cantik dan baru, ala-ala Bali gitu. Nampak semuanya baru lagi.Didalam nya kerusi meja dari perabot Jati... semuanya kelihatan baru... tapi yang pentingnya sedap atau tidak. Saya ni "very particular" pasal nasi beriani ni. Ramai sangat yang mengaku Beriani Batu Pahat atau beriani gam.

Pernah saya jumpa penjual yang tulis poster Beriani Johor di pasar malam, tapi tak ada lauk masak beriani, yang ada daging rendang, bila ditanya mana lauk beriani?, dia tanya balik, Lauk beriani tu apa? Ceh! apalagi saya pun cakap lah kalau lauk beriani pun tak tahu jangan mengaku Nasi Beriani Johor/Batu Pahat.
Beriani Ayam

Bila order dah sampai... dari segi rupa nasinya dapat A++, bukan semua penjual yang guna "saffron" atau koma-koma secara "generous" begini, merah kuningnya ketara, sebab saffron ni mahal, 1 gram berpuluh ringgit. "Saffron" ni di import dari Spain atau Turki kerana bunganya hanya terdapat disana. Beras basmathi yang panjang-panjang dan lerai memang sesuai untuk masak Beriani.
Beriani Kambing
Giliran merasa nasinya dulu... WOW! memang sedap, nasi aje tu belum lagi lauk beriani...

Bila rasa kambing beriani... wah baru betul ni... memang tak di nafikan setelah sekian lama saya mencuba nasi beriani di KL/Selangor ni, inilah yang terbaik, terpower, tersedap untuk seluruk KL/Selangor lah. Sampai habis licin. Memang makan nasi beriani ni lawannya air sirap bandung yang dibancuh dengan "cream soda" - semuanya authentic...
Hampir setanding Beriani masakan Emak saya & juga Pak Cik saya - Arwah Pak Mat Kepol di Tampoi JB, setanding beriani Restoran Hj Bakhil juga di Tampoi JB, Beriani Mat Shah di Batu Pahat dan Beriani Taman Soga, BP.

Beriani lain yang dah saya cuba di KL/Selangor ni tak sehebat ini. Sebagai orang Johor makanan ini adalah my all-time favourite apatah lagi semua adik beradik saya kahwin dan semua kenduri-kendara semuanya masak beriani samada oleh Pak Mat Kepol, Emak, Pak Hamid, semuanya saya terlibat sama... buat menyibuk...

Lokasinya terletak tak jauh dari persimpangan ke Paya Indah Wetlands, jika datang dari pekan Dengkil/Putrajaya, terletak di kiri jalan bersebelahan gedung perabut Jati. Jika dari Banting atau Klang, tak jauh selepas Simpang Paya Indah.

Harganya standardlah kalau nak makan yang betul-betul power... Beriani Kambing RM12 tak jadi hal, Beriani Ayam RM10 dan ada pulak Beriani Keli RM7... ini harga standard KL. Harga koma-koma atau saffron mahal dan beras basmathi pun tersangatlah mahal sekarang ni.

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin & muslimat, mukminin & mukminat

Happy Eidul-Adha to all Muslims.

Wednesday, November 18, 2009

Monday, November 16, 2009

Lake Garden - Flora & Fauna - Tasik Perdana eps 2

The Insect
Rama-rama : ButterflySibu-Sibu : DragonflyMore to come

Lake Garden - Flora & Fauna - Tasik Perdana

Last Saturday, my wife had to attend DBKL's function to at Ampang Hilir, therefore after sending her to her office, myself with two kids headed to the Lake Garden - Tasik Perdana. The children headed direct to the playground, while myself indulge in Nature Photography. For less than 2 hours, here what i got:
It is incredible that these animals survive in the heart of KL. More pictures to come...

Thursday, October 22, 2009

More Airshow photos

Two Beauties, the US beauty with the "gorgeous" Russian;


The red-white&blue USAF Thunderbird's F16 Fighting Falcon parked next to the grey Royal Malaysian Air Force's Sukhoi Su30MKM.

F16 Falcon is an aging single Single Engine fighter, first introduction in 1978, more info here.

Sukhoi Su30MKM is specially built for Royal Malaysian Air Force RMAF, a combination and enhancement of several variances from earlier productions, i.e. MKI-India with French, South Africa and Russian avionics. See here.

Beware, Soldier with fully-equip weaponry. Not so close brother...

Malaysian Terminator - not as big as Schwanegger but really looked tough - "ilmu dalaman ni" sorry bro, gurau.

Pre Budget 2010

The day before yesterday, Malaysiakini's journalist called me if I got any information on the 2010 Budget, the PM is about to announced tomorrow, but sorry, I'm not as privileged as some people who got close connection to the Finance Ministry.

Anyway, in my view, since this is DSN's first Budget as PM, he is facing a tough challenge:
1. Current Deficit is already 7.6% of the GDP, anymore spending will increase our Deficit to at least 8%
2. Government's coffer is receding fast with more spending. More to spend next year with 10th Malaysian Plan.
3. Dilemma to raise or reduce tax. Raise - out of favor among, reduce please a lot of people; Corporate Tax, raise - lower profit for corporate, reduce - reduce govt's source of fund.
4. Sin Tax; tax on tobacco already increased recently.

What the govt can do is to prop up the GLC's either to make a higher profit or divest the companies and keep a "Golden Share".

Just wait for tomorrow at 4p.m.

Monday, October 19, 2009

OTK in Tight Spot

When one in power, almost everybody supports (bodek) him/her, but when he/she loose the "grip", friends turn nemesis. After the 10/10 EGM showdown, OTK is not just losing his grip on presidential post but also losing his so-called supporters, loyalists, friends...

"Do not do unto others as you would have them do unto you..."

He should remember that, what he had done on CSL is haunting him. His former supporters knows that OTK's supports are divided and for them, to forego their current position in the party for a fresh election will mean they might lose forever their privileges and post, as they are still being seen as the supporters of a weak outgoing president.

So truly there is a third hand in the EGM, and they consists of ... (censored - nanti kena saman)

Sunday, October 18, 2009

PKR huru-hara...

Apa dah jadi pada PKR? Tak habis-habis dengan "internal crisis", Zaid ambil "Sabbatical Leave" dan PKR Sabah bergolak pulak tak mahu Azmin.

Apa yang berlaku?

Betulkah dakwaan dalam akhbar fasal "dictatorship" dalam kepimpinan PKR?

Atau semuanya gimik untuk memenangi balik sokongan selepas kelihatan putik-putik kejayaan 1Malaysia?

Jangan lupa ramai dalam PKR adalah "strategist" dan "schemer", pakar perancang dan first class acts. Pilihanraya Sarawak dalam masa terdekat, bila?

Tuesday, October 13, 2009

Bagan Pinang

Adakah kemenangan di Bagan Pinang boleh di banggakan? Jawabnya tidak!

Pertama, pemenangnya adalah orang yang di ragui kejujuran, sifat amanah dan pernah disabitkan dengan politik wang.

Kedua, Port Dickson seperti nama gelaran barunya adalah Bandar Askar (Army Town), sebahagian besar pengundi adalah askar yang setia dengan arahan kerajaan, bak kata orang takkan nak menggigit tangan yang memberi makan.

Ketiganya, apakah kemajuan di Port Dickson? Pantainya masih seperti dulu, kemudahannya mana? Jika kita berkereta ke arah Pasir Panjang, lihatlah keadaan jalanraya yang terbengkalai bertahun-tahun, jauh dari pandangan orang ramai kecuali memandu ke Melaka dari PD.

Bila menang ramai lah mendabik dada kerana kerja keras mereka, mereka dah "deliver" dan sokongan pengundi kalangan mereka telah kembali menyokong kerajaan, TETAPI sebenarnya, kejam mata pun kat PD Be eNd boleh menang, sebab undi askar.

Monday, October 12, 2009

More Raya Photos

The Family

My Family + my mom

My Family + my mom Selamat Hari Raya

My Family + my mom + my sister


More to come...

Political chaos weekend

Political Chaos 1:
Tahniah Be eNd kerana telah berjaya menaikkan nama sebagai parti yang menyanjung ahli yang korup dan pernah disabitkan bersalah kerana korupsi/rasuah wang. Dan sesungguhnya akan kekal imej politik wang dalam ameno kerana ahli politik tersebut sekarang ini dah jadi Adun.

Political Chaos 2:
Siapa bakal pemimpin MCA, Sabtu lepas perwakilan MCA dah menolak kedua-dua presiden dan Timbalan Presiden, sekarang apa dah jadi. Be eNd akan huru hara, adakah akan muncul parti baru menggantikan MCA seperti Makkal Sakthi menggantikan MIC?

Inilah dia jika selalu menuding jari pada orang lain, ini dah jadi pada Be eNd sendiri...

Sunday, October 11, 2009

Hari Raya Photo

Sorry for the delay...

One big Happy family, but I be warned, there are still some members not in the picture yet.. i.e. Abg Azmi and Family , menantu and cucu; The late Abg Azmat's Family, menantu and cucu, Uda's Family (Mohd Noh), Bob and Family in New Zealand...


More photos to come

Thursday, October 8, 2009

Thunderbird Airshow Kuala Lumpur

Sorry, Minta Maaf, dah lama tak update my blog, banyak gambar hari raya belum siap lagi, priority pulak pada gambar Airshow Thunderbird kat TUDM Subang last Saturday.

Almost 700 snap of photos from this event alone. So i will start update some of my favorites into the blog in stages.
All Photos Uploaded here are of lower quality/resolution, for higher resolution please contact me.
Our Royal Malaysian Air Force (TUDM) own Sukhoi SU 30MKM on display ground.

The Sukhoi showing aerobatic skills

The Thunderbird using F16 Falcon Jet, considered an old jet fighter.

Will update more later.

For Hari Raya photos, I will be uploading soon...

Thursday, September 17, 2009

Happy Eid - Selamat Hari Raya

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya - Happy Eid!

Wishing all readers, blog followers, friends and all muslims a Happy Eid, Selamat Hari Raya Aidil Fitri and maaf zahir dan batin, asking for apologies for all misdeeds and wrongs done in the past, Maaf jika ada tulisan saya yang menyinggung hati.

I don't think i will be able to update my blog this hari raya, cos I'll be at my hometown in Johor Bahru, my mom's place don't have the privilege of internet services.

Tuesday, September 1, 2009

Harga Petrol Naik

Pelik, sungguh pelik, harga petrol naik lagi 5sen. Nampaknya menteri ni nak memperbodohkan rakyat Malaysia ke? Apa kami tak tahu ke harga semasa minyak mentah dunia? Kita bukan lagi di zaman penjajah, Jepun ke British ke, yang mengharapkan berita dari akhbar atau radio aje. Sekarang ni zaman internet, semua maklumat sekelip mata.

Minyak mentah dunia naik sekejap aje bulan lalu tapi tu pun tak lebih dari US$75 setong. Naik pun sekejap saja, dia akan turun balik. Spekulasi dah tak sehebat dulu. Sekarang ni sekitar US$71 setong sahaja. Harga ni dah lama kat sini, rasanya masa umumkan harga pengenalan ron95 dulu harga minyak mentah lebihkurang US$65 sahaja, kenaikan tak sampai pun 10%. Bila pulak naik hingga 102%?

Dalam Bulan Ramadhan ni pun masih nak menipu? Tak ingat dosa ke? Astaghfirullah... Memang patut lah Be eNd ni sentiasa kalah, masih tak nak taubat lagi...

Monday, August 31, 2009

Merdeka

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan, Happy National Day or is it Independence Day? Whatever!

Are we really independent? Why kebangsaan? Direct translation of Bangsa in English is "race". Does it reflect "1Malaysia"? Whatever!

Lately there has been a lot of controversy regarding this issues. But when I was in my school days, race was never an issue. I had several Chinese friends, yes many of them are hardworking and intelligent, and so are the Malay boys, we try to compete academically with them. The good old days of school.

Today's Merdeka day is a non-event, except the police road block here and there. Wonder why?

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Muslimin & Muslimat,
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, semuga di bulan mulia ini, dapat kita melipat gandakan amalan dan pahala. Jangan sia-siakan amalan puasa dengan perbuatan yang tak berfaedah, marilah sama-sama penuhkan dengan amal ibadah.

Ramadhan hanya 30 hari dalam setahun dan lailatulqadar hanya 1 malam dalam bulan Ramadhan, bila waktunya kita pun tak tahu. Bayangkan hanya dari satu malam kita boleh dapat pahala untuk 1,000 bulan yang bersamaan 83 tahun, sedangkan umur kita belum tentu akan melebihinya. Dari itu, kita sama-samalah penuhi Ramadhan ini dengan amal-jariah, agar kita mendapat keberkatan malam tersebut.

Malangnya dibulan Ramadhan jugalah hotel-hotel & restoran akan mempromosi majlis berbuka dengan harga yang mahal dan berbagai-bagai juadah yang sedap, bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga melalaikan kita dari beribadah, kerana bila dah makan terlalu kenyang, badan tak larat untuk solat terawikh. Jika makan sedikit terasa rugi pula kerana telah membayar harga yang mahal. Bayangkan untuk seorang berharga RM70 sedangkan jika kita makan hari biasa di warung tak sampai pun RM7.00 sepinggan. Elakkanlah pembaziran & rebut peluang yang hanya datang setahun sekali...

Monday, August 17, 2009

Malaysian Nature Society Membership

Last Saturday, during The Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) at the Mid-Valley shopping complex, I managed to sign up as a member of Malaysian Nature Society (MNS) or Persatuan Pencinta Alam. I have been considering joining them for quite some time and this is the opportunity I don't want to miss.

Instead of buying cameras accessories on sale that day I joined MNS. Still, I felt my visit to KLPF is successful!

I care for wildlife, I adore nature, I keen on jungle trekking, I like travelling and my ultimate passion is photography.

Some time last year, I was approached by an international wildlife NGO's personnel handling a booth at some shopping complex. But they are more interested to coerce me into parting with my money to donate to them rather than making me a member. How do I know whether the monthly deduction from credit cards are properly channeled for wildlife conservation or for other purposes.

Might as well I become a member of a local NGO. I know they have lots of activities for my family and me, also for my interest in photography, and they are known to successfully manage an eco park in Kuala Selangor. I am now a proud member of MNS.

More on MNS at http://www.mns.my/

Wednesday, August 12, 2009

Panoramas

It has been a while I have not updated my Blog, well life has been very boring routine lately. Politic, is always the same BN vs PR, full of hypocrisy. Socially, we are all worried about H1N1, the Haze, dengue, crime rate. Everything to worry about...

Today, i just like to share some of the panoramas in Malaysia we can enjoy...

The lake garden (my first attempt on panorama using CS2)

The lake garden (my second attempt using CS3)

Morib Beachfront (the color of the water is not so tempting- makes me wonder why the west coast / Selat Melaka's water looks like teh tarik.

Saturday, July 25, 2009

Kuala Linggi photos

Gambar-gambar di Kuala Linggi,

Sebahagian chalet yang di sediakan
Cahaya lampu kapal di waktu malam (Ships plying Straits of Melaka at night)
Keadaan jerebu menyukarkan mendapat gambar yang baik (Haze spoils the scene)
Medan ikan bakar waktu malam (Floating restaurant)
Inilah gambar rumah milik tuan tanah Inapan Samudera, bentuk tradisi Melaka (Melaka Traditional house)
Cadangan pada bulan Disember nanti nak buat gathering kat sana...

Wednesday, July 22, 2009

Pantai Kuala Linggi

Inilah pemandangan pantai Kuala Linggi. Diambil menghala ke selatan dimana terdapat beberapa chalet, seperti NDK Chalet, Rizalan Chalet, KM Chalet, Kembang Sejati, Inapan Samudera.

Kelihatan aktiviti berkayak, team building, perjumpaan keluarga di sana.

Gambar dibawah ini mengarah ke Kuala atau Muara Sungai Linggi disebelah belakang pantai ini. Jika malam boleh nampak kelipan lampu dari rumah api (light-house) Tanjung Tuan di kejauhan sana, tapi kerana jerebu, tidak jelas.

Suasana jerebu mengganggu pemandangan di laut Selat Melaka.
Gagal mendapat gambar sunset kerana jerebu dah menelan matahari sebelum sempat terbenam.


...bersambung...