Tuesday, October 13, 2009

Bagan Pinang

Adakah kemenangan di Bagan Pinang boleh di banggakan? Jawabnya tidak!

Pertama, pemenangnya adalah orang yang di ragui kejujuran, sifat amanah dan pernah disabitkan dengan politik wang.

Kedua, Port Dickson seperti nama gelaran barunya adalah Bandar Askar (Army Town), sebahagian besar pengundi adalah askar yang setia dengan arahan kerajaan, bak kata orang takkan nak menggigit tangan yang memberi makan.

Ketiganya, apakah kemajuan di Port Dickson? Pantainya masih seperti dulu, kemudahannya mana? Jika kita berkereta ke arah Pasir Panjang, lihatlah keadaan jalanraya yang terbengkalai bertahun-tahun, jauh dari pandangan orang ramai kecuali memandu ke Melaka dari PD.

Bila menang ramai lah mendabik dada kerana kerja keras mereka, mereka dah "deliver" dan sokongan pengundi kalangan mereka telah kembali menyokong kerajaan, TETAPI sebenarnya, kejam mata pun kat PD Be eNd boleh menang, sebab undi askar.

3 comments:

Anonymous said...

Tapi bro, setengah pemimpin PAS/PKR pun dah agak tergabra lihat keputusan diBagan Pinang. Ramai orang sokong ISA!

Komen pls.

azharos said...

Dear anonymous, saya ni "apolitical" (tak menganggotai mana-mana parti - penganalisa politik bebas) cuma nak tanya macammana anda tahu pemimpin PR dah gabra?

Orang sokong Isa kerana dia memang anak tempatan dan pernah menjadi MB NS lebih 20 tahun.

Keduanya, walau Isa dsabitkan bersalah tapi "grassroot" UMNO & pengundi PD masih menyanjunginya kerana jasanya pada NS.

Ketiga, undi askar.

Keempat, NS masih kubu kuat BN.

Kelima, memang dari awal saya jangka PR/PAS tiada harapan.

Saya cuma nak komen fasal pemimpin parti komponen BN (Selain UMNO) tu ramai mendabik dada kerana usaha mereka. Macamana mereka tahu pengundi mereka dah balik ke BN, ada statistik ke siapa undi siapa? undikan rahsia!

Anonymous said...

Your komen :

"Saya cuma nak komen fasal pemimpin parti komponen BN (Selain UMNO) tu ramai mendabik dada kerana usaha mereka. Macamana mereka tahu pengundi mereka dah balik ke BN, ada statistik ke siapa undi siapa? undikan rahsia!"

Memang boleh check.la ... keputusan undi disetiap kawasan pengundian tu UMNO menang sokmo..... kat ladang2 pun menang..apakah tandanya? BN dapat undi.....hai tak buat analisa ke?