Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, semuga di bulan mulia ini, dapat kita melipat gandakan amalan dan pahala. Jangan sia-siakan amalan puasa dengan perbuatan yang tak berfaedah, marilah sama-sama penuhkan dengan amal ibadah.
Ramadhan hanya 30 hari dalam setahun dan lailatulqadar hanya 1 malam dalam bulan Ramadhan, bila waktunya kita pun tak tahu. Bayangkan hanya dari satu malam kita boleh dapat pahala untuk 1,000 bulan yang bersamaan 83 tahun, sedangkan umur kita belum tentu akan melebihinya. Dari itu, kita sama-samalah penuhi Ramadhan ini dengan amal-jariah, agar kita mendapat keberkatan malam tersebut.
Malangnya dibulan Ramadhan jugalah hotel-hotel & restoran akan mempromosi majlis berbuka dengan harga yang mahal dan berbagai-bagai juadah yang sedap, bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga melalaikan kita dari beribadah, kerana bila dah makan terlalu kenyang, badan tak larat untuk solat terawikh. Jika makan sedikit terasa rugi pula kerana telah membayar harga yang mahal. Bayangkan untuk seorang berharga RM70 sedangkan jika kita makan hari biasa di warung tak sampai pun RM7.00 sepinggan. Elakkanlah pembaziran & rebut peluang yang hanya datang setahun sekali...
No comments:
Post a Comment