Wednesday, June 10, 2009

Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii) Sg Timun


Beberapa minggu lalu saya ada blog mengenai udang galah dijual di tepi jalan berdekatan sempadan Rembau-Melaka-PD. Setelah di buat research rupanya ada perkampungan nelayan berdekatan di Kampung Sungai Timun, Rembau, N9.

Minggu lalu saya berkesempatan lagi kesana selepas mengambil anak di MRSM TGB saya exit tol Simpang Ampat, mengarah ke Lubok Cina. Dari jalan besar ke Kg Sg Timun agak jauh juga lebihkurang 2-3km ke dalam baru jumpa Jeti nelayan.

Setibanya disana gerai semua tutup sebab hari bekerja, ada beberapa pemacing dari luar termasuk pakcik veteran bertongkat memancing dari bawah jeti, pemancing tepi sungai, budak-budak bermain sampan sambil cuba memancing dll.

Maklumat: Sungai ini dihuni oleh beratus-ratus ekor Sang Buaya, seperti kata orang tua dimana banyak udang galah disitu banyak lah sang bedal.

Penduduk Kg telah mengambil inisiatif menjadikan menangkap udang galah sebagai perusahaan dan menjual pada pelawat. Dirumah masing-masing terdapat kolam udang yang ditangkap pada hari sebelumnya. Udang-udangnya bebas didalam kolam dan terdapat berbagai saiz.

(Lihat perbandingan saiz botol air minuman dan pembaris 6 inci.)
Udangnya fresh sebab dijual hidup-hidup.

Dijual dengan harga RM50 sekilo untuk campuran saiz dan RM70 sekilo jika mahu sepit biru bersaiz "L" keatas sahaja.

Cubalah lihat saiz udang yang saya bawa balik.

5 comments:

Anonymous said...

emmmmm....saya anak jati Kg. Sungai Timun..bangga rasanya bila
kampung dah jadi tempat tarikan ....adalah pendapatan sikit untuk orang-orang kampung.....Dah datang Pengkalan Nelayan..jangan lupa singgah makan kat Kedai Makan disitu....kedai kakak saya tu......Udang Galah masak Lomak cili api ( 1kg - dalam RM 60 ).......sekali rasa pasti nak lagi......

zuhaimi said...

Bro..boleh tolong guide macamana nak ke sungai timun dari KL. Udang galah tu ada dijual dimana? atau ada waktu2 tertentu aje boleh dapat?

azharos said...

Anonymous,
Masa saya datang hari tu kedai makan tutup. Takpe sedang plan untuk kesana lagi. Memang sodap...

Zuhaimi,
Kalau dari KL senang keluar tol Pedas dan terus ke arah Pengkalan Durian, sampai simpang tiga belok ke kiri, terus arah Lubok Cina, Perhatikan sigboard masuk ke Sg Timun di sebelah kanan. Masuk lebihkurang 3km jalan kampung sampai jumpa Pengkalan Nelayan.

azharos said...

Zuhaimi,
Kalau dari Simpang Ampat, rumah kau ikut arah ke Brisu terus ke Lubok Cina, sampai sempadan Melaka-N9(arah ke Pengkalan Kempas)cari signboard Kg Sg Timun sebelah kiri, susur masuk cantik besar tapi jalan dalam tu jalan kampong yang boleh muat sebiji kereta. Terus kan je.

fatbottomgal said...

Salam Bro

Saya mencari2 info tentang Sg Timun ni kerna menulis mengenainya, dan Google Search membawa saya ke sini :-). Saya tak tahu pun Sg Timun boleh di akses dari Rembau. Saya pergi dari Port Dickson. Terima kasih di atas info yang dikongsi.
Saya juga hendak meminta ihsan untuk gambar udang galah Bro Az, jika tidak keberatan memberi kebenaran, boleh email saya di wnoraesyia@gmail.com
Terima kasih.