Sunday, January 24, 2010

Tribute to Almarhum Sultan Iskandar

Sudah dua hari tak mengadap laptop. kenapa? Terkejut dengan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Al-Mutawakil alAllah Sultan Negeri Johor Darul Takzim dan Jajahan Takluknya. So sehari suntuk mengadap TV menonton upacara pemakaman baginda kerana tak sempat balik Johor. Ingat hati nak je bawa Kamera balik JB.

Walau apa pun kita pernah dengar tentang Baginda semasa muda dulu, saya tetap menghormatinya sebagai Sultan Negeri Johor. Baginda sebenarnya seorang yang tegas, berhemah, mengambil berat hal-ehwal rakyatnya, cuma ada kala caranya yang terlalu tegas. Apa yang amat disanjung, Baginda tidak mementingkan protokol atau membezakan darjat.

Anakandanya yang dilantik sebagai Sultan pun semasa muda terlalu banyak cerita tapi Alhamdulillah banyak kebaikan & kebajikan yang baginda telah sumbangkan. Diharap sifat-sifat mulia ini berterusan...
Lebih menyedihkan kemangkatan Baginda Sultan selepas beberapa minggu selepas salah seorang "long-time worker cum closest friend" yang disayanginya meninggal dunia yang saya kenali sebagai Allahyarham Salleh "Apek".

Kedua-dua Sultan adalah "super-duper-grand senior" di English College (kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar)

No comments: