Inilah Medan Ikan Bakar Kg Telok.
Sambungan pada makan-makan semalam, makanannya boleh tahan, my wife suka pada siakap masak stim berlimau, dalamnya banyak cili padi dan kuahnya secukup rasa tak terlalu masam dan tidak terlalu manis, lain kata terasa asam limau manisnya. Umph!
Pari bakarnya kurang menyengat sebab cicahnya kurang power, perlu improvise lagi sambal kicap atau sambal asam macam kat belakang istana negara (jln bellamy). Lala tu boleh tahan juga.
Deep fried sotong tu setengah kilo dan jenis sotong yang besar, adalah 3 ekor (dalam gambar dah separuh habis tak sempat nak ambil gambar, anak-anak dah sambar). Nasi lemak tu ok juga, sambalnya nampak pedas tapi sesedap rasa sebenarnya cuma nasi kurang lemak tapi dari beras yang berkualiti, berderai.
Harga kesemuanya RM88 tu kira oklah untuk makan 5 orang, dengan ikan yang fresh - segar, kat sebelah medan ikan bakar ini adalah jeti untuk nelayan menaikkan hasil tangkapan masing-masing. Inilah gambar pondok nelayan Kg Telok, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bot untuk memancing juga boleh disewa disini. Masa ni laut dah surut jadi nampaklah lumpur aje.
Ini pula gambar medan ikan bakar pandangan dari jeti, di jeti ini kalau air pasang ramailah pemancing disini.
Inilah gerai ikan bakar/seafood.
Kalau nak makanan, ikan bakar yang lebih murah kat sini ada gerai yang diusahakan oleh nelayan atau kaum kerabatnya, dan harganya amat murah kerana di kawal oleh persatuan nelayan cuma masakannya kurang pro.
No comments:
Post a Comment