Tak habis-habis nak bertengkar fasal papan tanda nama jalan. Pihak Kerajaan pusat kononnya memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu jadi tak mahu campur aduk tulisan dalam bahasa lain. Kerajaan negeri yang tak sehaluan dengan kerajaan pusat pulak nakkan tulisan bahasa lain-lain kaum. Apa kena mengena tanda jalan dengan kedaulatan bahasa Melayu? Ini cuma seolah-olah nak timbulkan sentimen...
Ini isu kecil, tapi ramai Menteri yang kecoh sama, sampaikan heboh kat parlimen, apa tak ada isu yang lebih besar ke? Bukankah ekonomi dunia sedang gawat, patutnya kita tumpukan pada masalah ini yang akan memberi kesan pada seluruh rakyat Malaysia.
Yang melucukan, ada menteri pulak yang kata jangan dipolitikkan isu ini, tapi siapa sebenarnya yang politikkan? Siapa yang bawa isu ini ke Parlimen? Kerajaan pusat sendiri sehingga membawa isu ke Parlimen. Buang masa aja.
Kalau kerajaan Pulau Pinang nak pasang tanda nama apa salahnya, tulisan bahasa Melayu masih di utamakan. Bahasa lain tu hanya sampingan, kalau semua bangsa di Malaysia ni nakkan bahasa mereka biar lantak lah biar penuh tanda jalan tu pun apa ada hal?
Kenapa pula bila DBKL memasang tanda nama jalan yang mempunyai bahasa Arab, tak ada pula Menteri atau ahli Parlimen yang melenting? Sila datang ke Bukit Bintang, anda akan lihat banyak tanda jalan disertakan dalam bahasa Arab. Silalah ke Jalan Isfahan, terpampang "Ain al-Arabia" bahasa Arab. Berapa kerat keturunan Arab rakyat Malaysia, bahkan mereka ni banyak mengaku jadi orang Melayu sebab nak status Bumiputera macam Syed Hamid tu boleh jadi ahli Umno!
Jadi, kenapa bila kerajaan yang tak sehaluan semuanya tak betul tapi yang sekongkol semuanya boleh saja. Bukankah dengan adanya pelbagai tulisan akan mencerminkan negara Malaysia yang berbagai kaum?
Isu ini dah melibatkan Menteri Kesenian, Menteri Pelancungan dan Menteri WP. Kenapa, mereka semua ini tak ada kerja ke? Sekarang ini ada isu lebih besar, iaitu Ekonomi Negara. Inflasi dah melambung, harga barang dah tinggi, tambang bas akan naik walau harga minyak dah turun. Ini hujung tahun, banyak perbelanjaan untuk anak sekolah, dan sebagainya...

No comments:
Post a Comment