Monday, June 28, 2010

Sedili - Jason Bay @ Telok Mahkota, Johor

Dari Mersing terus ke Sedili... Melalui Pekan Jemaluang dan kemudian ke persimpangan kampung Mawai untuk menuju ke Sedili.... penulisan lama ada yang mengeja Sedeli.... cerita sebenar kena tanya orang kampung....

Dah hampir 17 tahun tak sampai sini, padahal ramai saudara-mara sebelah emak di sini, termasuklah keluarga Pak Ngah ku Allahyarham Datuk Usman Awang @ Tongkat Waran.

Tiba di Tanjung Sedili, petrol dah tinggal suku, cuba cari stesen minyak tak jumpa-jumpa.

Jeti Tanjung Sedili
Pekan Tanjung Sedili dah tak semeriah dulu-dulu tak ramai orang kerana dah tak ada lagi bot penambang untuk menyeberang Sungai, sungainya pun walaupun cantik hijau dan luas kerana terletak di Muara tak banyak bot atau perahu seperti 30-40 tahun dulu.

Lebihkurang 40tahun dulu pernah naik bot penambang menyeberang ke Sedili Besar, dapat lihat buaya ditengah Sungai dengan mulut ternganga luas.

Identiti Tanjung Lembu pun dah hilang, kerana tak ada lagi lembu berkeliaran.... Sedili dah maju....

Minyak dah kekurangan, tawakal teruskan perjalanan mana tahu jumpa stesen minyak, kali ini melalui jalan arah Sedili Kecil.

Singgah sebentar di Jason Bay kini dikenali sebagai Telok Mahkota. Masa kecil disinilah tempat kami sekeluarga berkelah. Dulu tempat ini meriah dengan pengunjung, masa tu Desaru pun tak wujud lagi. Dulu tempat ini tidak terjaga, penuh dengan tahi lembu, sekarang dah di jaga rapi dan terdapat chalet di Jason Bay Resort.

Anak-anak seronok tapi tak prepare untuk stop.... lainkali akan stay sini dan bawa layang-layang....

Sungguh nyaman berehat di pantai... dibawah pokok ru dan angin Laut China Selatan (South China Sea)


Jabut di pantai yang surut mencari makan

Tetapi pemandangan disini tetap indah......
Bersambung.....
dari Sedili ke Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor

2 comments:

Anonymous said...

I was there for 2 years in the 80s. It was then called Tanjung Lembu and later on changed to Tanjung Sedili. Dato' Musa Hitam was then the MP for the area (actually for Kota Tinggi which included Tanjung Lembu). There was no electricity and limited telephone lines - one for my office, one for Kastam Pencegah and so on. One day Dato Musa asked us to use our two huge generator sets to supply power to the nearby houses but before we could do that, TNB moved in.

it was a nice place to live. Nice folks and one of the best places I ever been. Thanks for the pictures - they bring back memories of my youth, fresh out of college and it was great to be transferred to Tanjung Lembu.

azharos said...

Dear Anonymous,
Thanks for sharing your experience... It was a nice place, there's a lot of progress and development now, no more lembu or cows roaming the town or road like they used to be, hence the name Tanjung Lembu (Cape of Cow) and hardly any tahi lembu on the road.

Nowadays there is a bridge connecting to Sedili Besar, no need for boats to cross the river.

Plan to go there again in the future...