Sejak akhir-akhir ini, berita TV3 nampaknya terlalu condong pada propaganda BN, memburuk-burukkan kerajaan negeri yang diperintah oleh PR. Skrip yang disediakan malah cara menyampai berita juga seolah-olah semua yang di lakukan oleh PR tak betul.
Semalam 16/6, menyiarkan liputan berita 100 hari kerajaan baru Kedah, penyampai berita bukan saja memperlekeh Menteri Besar sebagai tak layak kerana usianya bahkan cuba melaga-lagakan antara parti komponen PKR, mempertikai manifesto yang belum dilaksanakan...
Hari ini, negeri Perak, sama seperti ulasan negeri Kedah.
Tetapi selepas itu, nada bertukar lembut untuk ulasan 100 hari Kerajaan BN.
Jika menonton berita RTM sejak diambil alih oleh Menteri baru, liputannya lebih seimbang berbanding TV3, nampaknya sekarang ini "Lebih kuah dari sudu". Penyiar swasta lebih hebat membodek kerajaan pusat, mengapa?, untuk memastikan lesen penyiaran kekal. Lebih ketara bila tiada lagi pesaing swasta: Media Prima dah kontrol semua TV3, NTV7 & TV9. Manakala RTM dan Bernama milik Kerajaan.
Apakah ada udang di sebalik batu, masih ingatkah cadangan penswastaan RTM, apakah ini langkah untuk memastikan MP bakal pemegang saham RTM yang bakal diswastakan? Kenapa kita benarkan satu entiti sahaja menguasai media massa kita? Ingat lagi bila mereka hampir menguasai Utusan Malaysia. Sekarang ini mereka menguasai NST, BH, Harian Metro.
Lu fikir lah sendiri...
No comments:
Post a Comment