Wednesday, June 18, 2008

Bola, Artis, PAS, Islam, Piket

Kenapa ni fasal penyanyi pun nak piket lagi, dah takde kerja ke? Tunjukkanlah kematangan, sekarang ni parti PAS dah pun menjadi sebahagian komponen kerajaan Negeri. Banyak lagi perkara yang patut kita tumpukan. Ini dah jadi macam suasana masa saya belajar dulu. Ramailah kekawan yang aktif dalam pertubuhan islam akan membuat piket tiap kali kalau ada konset di dalam kawasan kampus.

Kalau tak setuju Ella dan siapa sorang lagi... oh ya Mas Idayu kerana pakaian atau tarian bukankah elok kalau ada wakil atau sesiapa yang dapat approach mereka ini dan tazkirahkan mereka atau berikanlah idea bagaimana jadi penyanyi rock tapi masih bertudung, mungkin fesyen yang sesuai boleh diperkenalkan. Gunakanlah cara yang halus berdakwah.

Janganlah ingat jika kita berkuasa, semuanya mesti melalui piket, bantahan umum, memorandum, bukankah cara ini tidak matang. Janganlah terus menilai seseorang secara terburu-buru. Insya-Allah, jika di approach secara baik, terbuka hati mereka untuk menutup aurat dan akan menjadi muslimah yang sejati.

Kita pun tidak ketandusan artis yang aktif dalam dakwah Islam seperti Akhil Hayy, Kump Rabbani, Raihan dan lain-lainnya yang boleh membantu menghampiri orang seperti ini. Kita dah lihat juga ramai artis yang dah berubah kerana dakwah yang betul, contohnya seperti Noorkumalasari dan Ustaz Azmil Mustapha.

Kita ni sebagai manusia perlu ingat-mengingatkan, jika tidak kita akan lalai. Contohnya, kita belajar agama disekolah, itu mungkin 5, 6 atau 10 tahun atau bertahun-tahun yang lalu. Manusia akan lupa jika tiada yang mengingatkan.

Janganlah kita banyak tonjolkan sifat yang agresif dan negatif sebaliknya tunjukkanlah dakwah secara halus yang selama ini dilakukan oleh pendakwah agama lain. Kita sering mempertikai umat islam cenderung kepada dakyah agama lain tetapi kita tak pernah mengambil pengajaran dari setiap kejadian.

Jika konsert itu mengganggu atau melebihi batas waktu solat, maka memang perlu ada bantahan tetapi bukanlah dengan cara piket. Mengapa Konsert anugerah yang bermula dengan karpet Merah pada pukul 7.30 malam tak ada yang membantah? Soalnya bagaimana masa artis-artis yang dah disolekkan setebal seinci, rambut didandan dan baju dihias fesyen pelik-pelik ni mengambil wuduk dan memakai telekung mereka untuk solat maghrib? Artis lelaki pula, cuba kita tanya mereka dimana surau yang terdekat? Janganlah beri alasan "jamak" apa yang mengizinkan jamak dalam hal ini.

Lu fikirlah sendiri...!

No comments: