Pak Lah naik komuter dan Putra LRT, kenapa naik waktu cuti sekolah? Ramai orang yang sedang bercuti, minggu ini bukan situasi yang sebenar. Jika nak cuba, naiklah pada hari Isnin ini, barulah terasa betapa azabnya sistem pengangkutan awam di KL ni.
Harap-harap jangan setakat naik komuter dan Putra LRT saja, lepas ni naiklah monorel, lepas tu teksi pulak, kemudian bas rapidkl dan bas metro yang pemandunya macam Lewis Hamilton dan Kimi Raikonnen tu. Dan Pak Lah juga diminta pandu sendiri kereta tanpa eskot polis trafik ditengah bandar KL ni untuk merasa azabnya memandu sewaktu "peak hours" antara 8pagi hingga 9pagi dan 5ptg hingga 7 malam.
Rasailah azabnya, mengapa orangramai tidak mahu menggunakan pengangkutan awam, bahkan sanggup meredah kesesakan jalanraya dengan memandu kereta sendiri.
Datuk Bandar KL tak pernah ke cuba naik pengangkutan awam, ni asyik nak cadangkan suruh bayar levi kalau nak drive masuk KL. Pak Lah kena heret sekali Datuk Bandar ni, biar dia rasa dan jawablah rintihan orangramai, jangan asyik duduk kat kerusi empok dalam bilik "air-con" dan keluar cadangan ikut sedap mulut je.
Bas-bas di KL ni dipandu macam kat litar lumba, mencilok di celah trafik. Komuter tak pernah tepat pada waktu, LRT & Monorel yang sesak macam dalam tin sardin - sekarang ni pun sardin tak tak penuh lagi dah dalam tin.
Semasa naik teksi tu dengarlah apa rintihan pemandu teksi tu pulak, jangan asyik salahkan mereka saja.
Bila memandu sendiri tengoklah berapa banyak lubang-lubang di atas jalan raya tu, bukan setakat tengok trafik je, lepas ni suruh DBKL dan JKR jawab.
No comments:
Post a Comment