Sekarang ini kita tunggu dan lihat sistem keadilan dan kehakiman kita yang baru-baru ini dikatakan telah mengalami perubahan setelah tamat era Che Det. Ini adalah ujian pertama untuk sistem kehakiman setelah pihak kerajaan membayar pampasan kepada hakim yang dipecat semasa era Che Det.
Kita lihatlah hujah siapa yang lebih kemas dan tersusun, bentangkanlah fakta-fakta masing-masing dan kita akan lihat siapa yang berbohong.
Pihak pendakwa mencadangkan jaminan RM20,000 dan paspot diserahkan kepada mahkamah tetapi Hakim telah membenarkan DSAI dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin dan tanpa perlu menyerahkan paspotnya kerana percaya DSAI takkan melarikan diri.
Kita tunggulah pada 10 September depan di mahkamah tinggi, semoga pada bulan Ramadhan jangan ada yang berbohong... "kurang pahala puasa tau...."
No comments:
Post a Comment