Shahrir kata harga petrol tidak akan dikaji semula sehingga hujung tahun. Ini bermakna rakyat Malaysia membayar premium atau berlebihan untuk harga petrol. Rujuk pada artikel yang saya tulis sebelum ini mengenai harga petrol.
Beberapa hari lepas Perdana Menteri kata akan meurunkan harga petrol mengikut harga pasaran semasa dalam masa terdekat. Tiba-tiba Menteri pulak kata tidak akan diubah sehingga hujung tahun. Sekejap kata akan dikaji setiap bulan, kemudian setuju kaji dua kali sebulan, sekarang tidak akan dikaji. Siapa yang lebih berkuasa sekarang ini, Perdana Menteri atau Menteri Pengguna? Bolehkah dipercayai kerajaan sebegini? Cakap berbelit-belit atau sengaja nak simpan strategi sebelum hari mengundi di Permatang Pauh.
Mana prinsip kerajaan kita ini? Menteri-menteri apa nak kisah harga minyak, kereta kerajaan sediakan, minyak kerajaan bayar, bahkan kereta juga ada pemandunya, yang susah kita rakyat Malaysia ini yang tidak mendapat faedah seperti Menteri dan pegawai tinggi kerajaan yang mewah dengan duit titik peluh rakyat, lihat sajalah apa yang terbongkar di Terengganu - kos penyelenggaraan kereta sehingga beratus ribu, itu belum lagi ambil kira bayaran penggunaan petrol...
No comments:
Post a Comment