Masih ingat lagi beberapa bulan lalu kisah ahli PKR ditumbuk oleh ahli parti yang sama. Setelah berita itu tersebar, ramailah juara-juara Umno dengan lantang mencemuh dan mengata ahli PKR tak sehaluan, PKR akan berpecah, tak bersatu hati dan sebagainya, bahkan dengan bongkaknya berkata ahli UMNO sentiasa bersatu dan tak pernah berlaku kejadian bergaduh seperti itu.
Tapi hari ini dalam akhbar theStar hari ini "Umno meeting gets out of hand" berlaku di Labuan, dimana ahlinya bergaduh sesama sendiri kerana tak puas hati kerana ada yang tak mahu meletak jawatan walau tempoh dah tamat, sehingga ada yang membaling kerusi, itu yang dilaporkan, yang tidak dilaporkan, siapa yang tahu...
Di akhbar yang sama juga hari ini, "Umno man held for assault" di Ipoh, ahli Umno berlainan cawangan di pukul dengan kayu golf... aduh mak sakitnya! Hanya kerana abang sipemukul tidak mendapat pencalonan di cawangan yang dipengerusikan oleh mangsa! tapi itu dakwaan mangsa, tak tahulah cerita yang sebenar. Padahal kedua mereka adalah sahabat sebelum ini...
Selain dari itu ada peristiwa dimana terdapat juga pergaduhan di cawangan semata-mata tidak mendapat pencalonan jika tak silap baru-baru ini di Kota Tinggi.
Wahai saudara sekalian yang kononnya memperjuangkan kedaulatan Melayu, apakah yang berlaku sekarang ini. Janganlah kita takbur... Sekarang siapa yang malu...
No comments:
Post a Comment