Di manakah ucapan-ucapan bongkak yang dengan lantangnya mengatakan DSAI akan kalah serta kerjaya politik DSAI akan terkubur, kini setelah DSAI memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh kerjaya politik siapa pula akan terkubur?
Wahai, ahli politik BN yang bermulut laser, dimanakah dikau wahai KJ?
Pak Lah dah cakap besar walaupun kalah kat Permatang Pauh, terlalu yakin DSAI takkan menjatuhkannya atau hanya nak sedapkan hati!
Betul seperti kata-kata Tun Che Det, Kerajaan BN yang ada ini takkan mengambil iktibar dari kekalahan ini. Malah menganggap kekalahan ini perkara biasa sahaja. Betapa sombong dan bongkaknya statement Pak Lah itu sama seperti menantunya...

Benar kata Ku Li, kewibawaan Pak Lah sudah hilang, pupus, sirna, hapus...
Najib yang di pertanggungjawabkan untuk menangani pilihanraya kecil ini juga gagal...
Oleh itu, bukalah pencalonan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden untuk di tandingi oleh mana-mana ahli yang lebih layak dan berwibawa... (kalau ada la) Hapuskan sistem kuota!
Para pemimpin UMNO dan BN dengarlah pandangan ahli-ahli dan orang ramai, zaman ini bukan lagi zaman yang kita boleh sogokkan dengan janji-janji manis dan paksaan yang membuta tuli, kerana rakyat masakini sudah pandai dan ramai lagi yang terlebih pandai di Zaman Teknologi ini, bukannya zaman Tunku Abdul Rahman ataupun Tun Razak dimana setiap arahan tidak pernah dipersoal atau dibantah setiap kata di kota setiap janji di tunai.
Setiap langkah akan di perhati, setiap perbelanjaan akan di teliti, setiap tindakan akan dipersoal, zaman ini perlukan keterbukaan - "transparency".
Rakyat inginkan perubahan, tetapi UMNO dan BN masih lagi di takuk lama... sepatutnya semakin tua semakin matang tapi semakin tua semakin tamak kuasa...
Jangan nanti jadi seperti kisah "Si Luncai terjun dengan labunya... maka akan disahut oleh orang ramai "biarkan, biarkan...".

No comments:
Post a Comment