Saturday, October 11, 2008

Datuk Shah Rukh Khan?

Apakah nilai Kurniaan Datuk sekarang ini?

Apakah jasa Shah Rukh Khan kepada Melaka, apatah lagi kepada Malaysia?

Pelik amat pelik, pelakun dan penyanyi negara India yang tak pernah menyumbangkan apa-apa bakti kepada rakyat Malaysia dikurniakan Datuk. Ramai lagi rakyat Malaysia yang layak. Tak faham, tak faham. Sekarang ni pun budak baru umur 20an pun dah dapat gelaran Datuk. Pergi kutub dapat Datuk, panjat gunung dapat Datuk naik kapal keliling dunia dapat Datuk, berenang Selat Inggeris dapat Datuk.

Dah terlalu ramai Datuk, kalau di KLCC tu agaknya kalau buat pengumuman supaya semua Datuk & Datin (tak kisahlah Datuk ke, Dato' ke, Datuk Seri ke, Datuk Panglima ke, Datuk Wira ke dan ape-ape Datuk lah kecuali datok kerana cucu) berkumpul secara spontan, gerenti penuh concourse KLCC.

Sekarang ni pelakon pun ada Datuk, macam Aziz Sattar, Yahya Sulong, Daud Kilau, bila pulak Badul, Amy Search atau Nash akan dapat Datuk? Kalau M. Nasir Datuk oklah juga, banyak jasa pada industri muzik.

Datuk-Datuk jangan marah tapi sedarkah Datuk-Datuk sekalian jika dah terlalu ramai dapat Datuk, gelaran ini dah tak eksklusif lagi, apatah lagi orang yang tak layak pun ada gelaran Datuk!

No comments: