Ada betulnya kat-kata Muhyiddin (TSMY) bahawa tempoh pemilihan pucuk pimpinan Umno pada bulan Mac 2009 adalah terlalu lama sedangkan pencalonan di peringkat bahagian akan tamat sebelum bulan Disember iaitu sebelum tarikh asal Perhimpunan Umno.
Dalam tempoh yang begitu panjang lebihkurang 3 hingga 4 bulan berbagai peristiwa tidak dijangka pastinya berlaku. Dalam tempoh itu mainan politik akan lebih agresif, politik wang (rasuah senang cerita) pasti berlaku. Tekanan dan "intimidation" serta aktiviti melobi akan menjadi lebih hangat dan berbagai cerita baru kemungkinan akan muncul.
Masing-masing akan berlumba-lumba untuk memenangi hati perwakilan yang bakal mengundi, apa cara lagi kalau bukan dengan cara paling mudah... wang atau jawatan.
Janji-janji dan tawar-menawar akan lebih galak dan akhirnya masing-masing pula akan menggunakan pula cara yang lebih kejam dengan "membunuh" kerjaya politik masing-masing dengan tuduhan yang bermacam-macam (fitnah la tu) sehingga ada pihak yang mungkin akan menyalahguna kedudukannya dan pengaruh dalam kerajaan untuk menjatuhkan lawannya. atau setidak-tidaknya mengada-adakan cerita dan mengadu pada jawatankuasa disiplin tentang salah laku pihak lawan.
Apakah Pak Lah tak terfikir keadaan ini atau memang sengaja menangguhkan pemindahan kuasa dengan objektif tertentu.
Cubalah kita ambil iktibar dari pemilihan Presiden Amerika Syarikat, walaupun pengundian di buat pada awal bulan November, Presiden yang baru akan hanya diiktiraf pada 20hb. January pada tahun berikutnya, dimana Presiden lama akan menyerahkan kuasanya pada hari tersebut tanpa mengira dari parti mana sekalipun. Ini juga memberi ruang pada Presiden lama untuk menyelesaikan kerja-kerjanya sebelum penyerahan kuasa dan juga suatu peralihan kuasa yang aman. Tidak semestinya bila kalah terus diterajang!
Jadi apa salahnya diubah perlembagaan Umno (jika perlu) untuk membolehkan Pak Lah menyerah kuasa pada bulan Mac bagi memberi ruang peralihan kuasa yang sebenar kepada Presiden Umno yang baru yang dipilih pada bulan Disember.

No comments:
Post a Comment