Saya amat terkejut dengan cadangan Umno Cheras menubuhkan "Tabung Azan", semata-mata untuk menolong Utusan Melayu menghadapi tindakan saman oleh Ahli Parlimen yang didakwa dalam akhbar UM menyuruh memperlahankan laungan Azan. Dan pada masa yang sama ramai pulak yang berkata tindakan menyaman akhbar adalah tindakan untuk menghalang kebebasan akhbar. Pelik dan ajaib, itulah sebabnya hingga sekarang saya masih tak faham.
Pertama, saya memang menyokong kebebasan bersuara dan akhbar tetapi tentunya ada batasnya. Jika seseorang telah menceritakan sesuatu yang tidak benar, adakah ini bermakna Kebebasan? Sudah tentu tidak, ini fitnah namanya. Adakah "Press Freedom" bermakna kita boleh memfitnah sesuka hati tanpa rasa tanggungjawab?
Keduanya, kes ini belum pun lagi dibicarakan di mahkamah, dan kita tak tahu lagi siapa yang benar dan siapa yang salah. Jika kita awal-awal lagi dah tubuhkan tabung ini dan akhirnya didapati UM bersalah bermakna kita dah bersubahat dengan pihak yang salah.
Ketiga, nama tabung ini juga mengelirukan dan lebih pada gimik politik untuk memancing simpati orang Melayu dan Islam amnya. Kenapa tak dinamakan tabung Utusan Melayu.
Keempat, UM adalah sebuah syarikat berhad yang sepatutnya menjaga nilai-nilai etika dan sebagai sebuah institusi yang dimilikki oleh orang Melayu yang secara amnya adalah orang Islam, sepatutnyalah mereka memartabatkan nilai Islam TETAPI jika mereka buat salah, tanggunglah sendiri.
Sejarah UM sudah tak relevan lagi, UM bukan lagi UM pada zaman 1950an atau 1960an, kini zaman dah berubah, kita tak perlu lagi mengenang masa yang dah lalu tapi harus bergerak untuk masa depan. Lebih-lebih lagi peneraju UM dan pemiliknya pun dari sektor komersial dan bukan pengasas asal lagi.
Apa-apa pun kita tunggulah sehingga keputusan mahkamah, barulah kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Jika UM menang dan di dapati benar saya akan menyokong UM tetapi jika sebaliknya...?

No comments:
Post a Comment