Monday, October 13, 2008

Melaka oh Melaka

Kerajaan negeri Melaka adalah kerajaan yang paling lawak sekali, itupun KM dia ada hati nak jadi Timb Presiden.

Lawak pertama:
Kasihan negeri Melaka, takde ke anak kelahiran Melaka yang layak menjadi Yang di Pertua Negeri, impot bekas ahli politik yang dah tamat tempoh. Mana dia Datuk Wira-Datuk Wira yang telah banyak berjasa kepada negeri Melaka seperti bekas Ketua Pengarah Pelajaran atau tokoh-tokoh veteran negeri.

Lawak kedua:
Sekarang ni pulak bagi Datuk kat Shah Rukh Khan, kenapa dah takde ke anak Melaka yang layak? Apakah kerana DSRK menari dan berlakon ramailah pelancong dari India nak datang menari dan berlakon kat Malaysia. kalau beri kat produser filem takpe juga sebab dia yang bawak DSRK datang bukan sebaliknya.

Alasan si Ali kerana jasa DSRK berlakun dan menari dalam filem bollywood yang ada latarbelakang Malaysia, ada KLCC tah apa-apa lagi. Kalau setakat menari dan berlakon apa ada hal, dulu masa Sean Connery dengan Zeta Jones belakun dalam "Entrapment" kat KLCC dan tunjuk gambar Kampung Morten berlatar KLCC, kenapa tak bagi dia orang Datuk?

Lepas tu Anna & the King lagi pulak 100% dibuat di Malaysia, Chow Yun Fatt dan Jodie Foster bila nak dapat Datuk? Lagi pulak dua-dua ni filem Hollywood yang ditonton oleh seluruh dunia. Filem Anna & the King tu di calunkan pulak untuk Anugerah Academy...

Kalau Filem Taiwan atau Hong Kong lagi berlambak pelakon dia orang datang Malaysia buat filem dan berlakon. Lebih awal lagi, Jackie Chan pun pernah berlakon kat Malaysia tapi tak pernah pulak dapat sebarang pingat.

Ini mesti kerana bini dia orang ni minat sangat kat DSRK terpaksalah si laki tunaikan.

Satu hal pulak tu untuk sampaikan pingat tu ada majlis khas untuk dia, siapa yang akan keluar belanja. Banyak istimewa dia tu, orang kita ha kau ambik ramai-ramai.

Wahai orang Melaka nasib kamulah "bukit" bukan Melayu punya, "tanjung" pun bukan melayu punya. Pantai habis dah di tambaknya, apa lagi yang ada. Padang pahlawan dah jadi shopping kompleks. Masjid kat tengah pulau tanah tambak, tapi jauh dari sebarang bangunan lain.

No comments: