Tuesday, October 14, 2008

Tarikh PM Baru???

Ha ada lagi tarikh baru! DSAI amat mengharap untuk menjadi PM yang baru. Dulu sebelum Aidilfitri, sekarang ni sebelum Aidiladha pulak, DSAI buat gempak lagi.

Kenapa tak panggil je buat undi tak percaya kat Parlimen semalam, kan kerja senang. Hari itu masa Parlimen cuti, DSAI mintak Pak Lah panggil bersidang sebab dah cukup kerusi nak vote BN keluar tapi tak dilayan, sekarang ni dah bersidang tunggu lagi.

Apa sebenar cerita ni, buatkan rakyat pening kepala. Cukuplah kita nak teruskan kehidupan, jangan kerap begini nanti semua orang hilang kepercayaan, lagi susah. Sampai masa tu semua ahli BN akan dihantar keluar negeri kali ini dengan alasan ke Amerika tengok macamana syarikat gergasi bankrap, dah tertangguh lagi nak jadi PM. Bukan tak tahu orang BN ni kelam kabut, tapi bila dah lepas mereka dengan bangga menuduh DSAI menipu. Sekarang ni Pak Lah pun kata nonsense, tapi hari tu nampak kelam kabut, la ni pun dia apa peduli, dia nak beri kat Najib, apa-apa hal Najib tanggunglah sendiri. Pak Lah akan pencen.

Kalau kerap berjanji tapi tak ditunai orang akan mula rasa meluat. Kalau nak tukar, terus je buat tak payah beri tarikh.

No comments: