Wednesday, September 10, 2008

Bila harga petrol nak turun?

Harga dagangan minyak mentah dunia dah turun lagi sehingga dibawah paras USD107.oo. Tapi bila pula harga runcit petrol dan diesel Malaysia akan diturunkan. Takkan nak tunggu Hujung tahun atau hujung bulan saja.

Sampai bila rakyat Malaysia kena bayar premium untuk harga runcit petrol dan diesel. Bukan kami menerima subsidi tapi sebaliknya sekarang ini kerajaan yang meraih subsidi.

Pak Lah dan penasihat ekonomi dah buat kesilapan besar kepada rakyat Malaysia kerana tergesa-gesa menaikkan harga petrol sehingga 78sen seliter secara mendadak. Sepatutnya di naikkan secara berperingkat, bagi mengelakkan implikasi inflasi; kesannya, tambang pengangkutan meningkat, perbelanjaan meningkat, harga barang keperluan juga meningkat, semuanya bertambah mahal, sehingga kadar inflasi bulan Julai mencecah lebih 8%.

Kos dan harga yang telah meningkat ini tidak boleh diturunkan lagi, kami rakyat Malaysia dah terperangkap pada paras harga tinggi yang takkan kembali murah.

Apakah Kerajaan tidak memikirkan kesan jangka panjang semasa membuat keputusan yang berkaitan ekonomi? Adakah pandangan pakar ekonomi telah di rujuk? siapakah pakar ekonomi itu, si Menantu tu walau ada ijazah ekonomi tapi kalau setakat tahu teori sahaja apa guna. Rujuklah pakar yang lebih berpengalaman...

No comments: