Thursday, September 11, 2008

Pribumi

Bulan Ramadhan ini mintalah kepada semua berbaik-baik, bagi orang Islam jagalah tutur kata, adalah lebih mulia jika kita sebagai orang Islam untuk menghulurkan tangan dan bukan sahaja berbaik-baik sesama Islam bahkan dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini.

Yang mana dah terlanjur kata tu mintalah maaf, pahalanya lebih besar dari menunjukkan keras kepala melawan cakap ketua, menuding jari menyalahkan orang lain, mengeluarkan kata-kata kesat.

"Dunia in adalah tempat tumpangan semata-mata, akhiratlah jua yang kekal selama-lamanya" ungkapan yang seringkali kita dengar ketika khutbah solat Jumaat. Itupun bagi yang hadir, Manalah tahu ada yang tak pernah bersolat Jumaat.

Mengapa mendabik dada kononnya akulah pejuang ketuanan Melayu tetapi sebaliknya hendaklah kita merendah diri dan ingat bahawa Allah Taala yang maha Berkuasa. Berjuang atas prinsip Assabiyah tak kemana. Tetapi jika berjuang di landasan menegakkan agama Islam itulah yang akan menjamin kita di akhirat kelak.

Melayu juga bukan pribumi asal Malaysia, kita ini campuran dari nusantara, asal-usul Melayu terdiri dari Bugis, Jawa, Minang, Aceh, Boyan dan sebagainya yang datang berhijrah dari tanah asal seperti Sulawesi, Kepulauan Jawa, Sumatera dan lain-lain. Melayu pribumi di Semenanjung Tanah Melayu ini sebenarnya ialah Senoi, Semang dan Proto-Malay yang terdiri dari suku Semai, Jakun, Temuan, Temiar dan banyak lagi. Inilah Melayu sebenar.

Ada juga yang berasal dari India datang sebagai saudagar dan dari Tanah Arab yang berdagang atau mengajar agama yang telah berkahwin dengan orang tempatan, beranak, bercucu disini dan paras rupanya pun dah macam orang tempatan lalu mengaku sebagai orang Melayu. Contohnya keturunan kutty dari India, Manakala Syed dan Syeikh dari Parsi dan Arab.

Terimalah keadaan seadanya, bekerja bersama dan yang penting berusaha dan jangan harapkan bantuan kerajaan sahaja, sampai bila nak berharap pada DEB?

No comments: