Monday, September 15, 2008

Sokong tindakan TSMY

Buat pertama kalinya saya menyokong tindakan TSMY yang berani menyuarakan pendapatnya dan pendapat orang ramai yang tidak puashati dengan tempoh peralihan kuasa.

Malangnya ada ramai kaki bodek yang tidak senang dengan tindakan yang berdasarkan amalan demokrasi TSMY ini. DSRY & KJ dalam akhbar hari ini kata "wrong to seek PM's resignation", Helo brother takkan tak boleh nak bersuara, kata amalkan sistem demokrasi.

Hak rakyat melantik siapa PM bukannya boleh main pindah-pindah ikut sukahati, 'lepas gua nanti lu pulak jadi PM', mana boleh macam tu. Budak Ingusan KJ tu pun semua orang tau, tu Bapak Mertua dia. Bila dia suruh pecat tu tak salah ke, itu hak PM. Bukan semua keputusan kabinet atau MT Umno itu 100% betul.

Pak Lah mesti menghadapi realiti, dia mesti di beritahu secara jujur dan ikhlas apa pandangan di bawah, janganlah sekat maklumat kepadanya semata-mata kerana periuk nasi masing-masing. Jangan takut bila kena cabar...

DSN sendiri pun tak berani nak komen dan serahkan pada kebijaksanaan ahli Umno nampak sangat duduk atas pagar, "ditelan mati bapak, diluah mati emak", sokong kena pecat, bangkang hilang popular.

Dan jika Pak Lah mengambil tindakan keatas TSMY, maka itulah titik mula............

No comments: