Pada hari Sabtu yang baru lalu, saya telah menghadiri majlis solat hajat yang di anjurkan oleh sekolah anak saya untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM selepas Hari Raya kelak. Pihak sekolah melalui sumbangan ibubapa telah berjaya mengumpul dana yang membolehkan menumbangkan dua ekor lembu untuk hidangan ibu bapa dan pelajar.
Alhamdulillah majlis yang baik ini di mulakan dengan bacaan surah Al-Quran oleh pelajar sekolah ini juga. Selesai bacaan diikuti ucapan Pengetua yang risau akan pencapaian pelajarnya yang kurang memuaskan dalam ujian percubaan. Bagaimanapun, pada tahun sebelum inipun berlaku perkara yang sama tetapi semasa peperiksaan sebenar sekolah ini mencapai terbaik di Malaysia. Wakil pelajar yang berucap telah berikrar untuk melakukan terbaik.
Tetapi yang tak sedapnya majlis yang diadakan di dalam surau sekolah telah dicemarkan oleh penceramah jemputan, dalam aturcara disebut sebagai wakil ibubapa, entah bila kami mewakilkannya entahlah, bahkan anaknya pun tiada bersekolah disitu. Ucapan yang sepatutnya untuk membakar semangat untuk berusaha dan berjaya telah melencong kepada kisah ketuanan melayu sambil memburuk-burukkan bekas ahli korporat melayu yang telah tenggelam seperti Halim Saad, Rashid Husin, Wan Azmi dan sebagainya. Apa yang pelajar ni faham, kenal nama itu pun tidak dan lebih buruk dalam surau pulak tu, diulang-ulang lagi. Naik meluat mendengarnya. Ibubapa yang tak kenal melopong aje!
Yang paling tak sedapnya pada akhir ucapannya menafikan pemimpin kesayangannya mempunyai hubungan dengan Altantuya dan mengecam Raja Petra dan DSAI kerana mendakwa pemimpin kesayangannya yang banyak memberinya projek sekarang ini. Cakapnya kat Permatang Pauh orang tak mahu dengar ini kat budak sekolah pulak. Akhirnya selepas bersurai tiada sesiapa pun yang ingin menghampirinya lalu terus pulang dengan muka seposen. Rasanya dia cuma boleh berkawan dengan orang Mongolia sahaja sebab itulah dia jadi konsulat Mongolia di Malaysia. Entah apa nama dia pun saya tak ingat...

No comments:
Post a Comment