Nampaknya ahli-ahli Umno lebih taksub untuk memperjuangkan ketuanan Melayu sedangkan ramai yang tunjuk besar kepala ini bukannya sebenar-benar berketurunan orang Melayu contohnya keturunan mamak atau arab yang bermula dengan syed, sheikh atau yang bernama akhirnya al-attas dan "al-bab". Dan mereka ini juga lah yang lebih-lebih. Bagaimana mereka di kategori Melayu pun entah tak tahu...
Tak pelah tapi bukankah lebih baik jika kita memperjuangkan Islam.
Kita lihat saja, di bulan Puasa mereka berbohong, menabur fitnah, memburukkan orang lain, mencerca dan mengaibkan orang lain. Ini di bulan Ramadhan, bulan yang sepatutnya dipenuhi dengan amal ibadat dan berbaik-baik sesama insan tanpa mengira latarbelakang masing-masing, tetapi mereka masih taksub untuk memburukkan orang lain.
Lagi satu apa punya Utusan Malaysia lah dia pulak lagi pandai suruh buat "lie detector test" kat Teresa Kok? Apa punya surat khabar le, kalau ada bukti siarkan lah, tunjukkan di mahkamah, kalau setakat dengar fitnah orang lain apa nak jadi. Tak sedarkah hukuman keatas orang yang mengeluarkan fitnah.
Berbaik-baiklah dengan kaum lain, mereka ini makhluk Allah jua dan hayatilah tafsiran (jangan memandai buat tafsiran sendiri guna logik tapi tafsiran dari para Ulamak dan Aulia) sebenar yang terdapat dalam surah Al-Kafiruun...
Berbaik-baiklah dengan kaum lain, mereka ini makhluk Allah jua dan hayatilah tafsiran (jangan memandai buat tafsiran sendiri guna logik tapi tafsiran dari para Ulamak dan Aulia) sebenar yang terdapat dalam surah Al-Kafiruun...
No comments:
Post a Comment