Friday, September 19, 2008

Harga minyak

Harga baru petrol & diesel hanya akan di umumkan pada 30 September, sehari sebelum Hari Raya. Takkan lah tak ada simpati pada orang ramai sikit pun. Apalah salahnya beri penurunan tu awal sikit supaya dapatlah rakyat Malaysia ni yang nak balik kampung tu ada extra money dalam poket, meriah lah sikit raya.

Bagi pada malam raya, orang semua dah pun balik kampung...

Jadilah kerajaan yang prihatin, barulah orang nak sokong tapi kalau turun pun janganlah setakat 15 sen sebab harga minyak dunia dah turun dibawah USD100/tong. Banyak tu turun berbanding masa announce naik dulu harganya USD136/tong.

Sekurang-kurangnya turunlah kepada RM2/liter untuk petrol. (Anggaran saya dalam artikel yang lebih awal)

No comments: