Sekarang ini kita ada Maha Zalim yang baru, di hari yang mulia di bulan Ramadhan al Mubarak, pada 10 hari terakhir dimana orang berlumba-lumba buat amal ibadat, tapi si Al-Bab telah menganiaya RPK dengan menghantarnya ke Kamunting untuk 2 tahun.
Aidilfitri hanya tinggal 6 hari lagi kasihan anak-anak RPK tidak dapat berhari raya dengan bapanya. Jika benar RPK telah menghina Islam tunjukkanlah dimana salahnya? Islam tidak pernah membenarkan penahanan tanpa sebab yang kukuh.
Dakwa RPK di mahkamah dan kita lihat dimana hinaan yang dikatakan oleh Al-Bab.
Ingatlah bahawa Allah itu Maha Adil, jika RPK di pihak yang benar, Al-Bab akan menerima balasannya kelak, mana tahu sekarang ini balasannya tunai didunia lagi. Dan sebaliknya jika RPK yang bersalah.
Jangan ingat hidup kita ini selalu di atas, hidup ini ada naik dan turun, bak kata pepatah "jika memandang ke langit jangan lupa tanah di bumi".
No comments:
Post a Comment