Bahang dari sekitar Teluk Bahang makin terasa walaupun di musim hujan ini kerana Bukit Bendera berkibar dengan ego dan megahnya mengengkari arahan orang tuanya yang leLah di Putrajaya malah cuba menghalau si Sukun sekutu orang tuanya yang dianggapnya pendatang.
Apa dah jadi ni, semakin galak pula si Bukit Bendera bila Sang Ketua yang leLah kerana hilang pengikut, tidak mengambil tindakan keatasnya sehingga si BB membiarkan pengikutnya bertindak mengoyak gambar si Sukun.
Adakah ini tindakan seorang yang rasional?
Apakah pemimpin begini yang ingin kita pilih?Nampaknya masing-masing hanya nak menunjukkan belang masing-masing kerana semua parti komponen sedang rancak dalam proses pemilihan pemimpin. Semuanya ingin menunjukkan belang. Bersilat, berwushu, berkuntau sesama sendiri, tetapi dalam masa yang sama pihak pembangkang ketawa bertepuk tangan melihat gelagat mereka yang hilang pertimbangan ini.
Apakah ini pertanda kejatuhan sebuah kerajaan yang sombong dan ego?
Fikirlah sendiri, kalau nak bersilat, biarlah elok kuda-kudanya jangan nanti sumbang langkahnya lalu ditertawakan orang. Padahnya malu diri sendiri...
Apakah ini pertanda kejatuhan sebuah kerajaan yang sombong dan ego?
Fikirlah sendiri, kalau nak bersilat, biarlah elok kuda-kudanya jangan nanti sumbang langkahnya lalu ditertawakan orang. Padahnya malu diri sendiri...
Keadaan kini seolah-olah Sang Ketua yang leLah makin tak terkawal anak buahnya sendiri...
No comments:
Post a Comment